Panduan Memasang Komputer Peribadi

Komputer Peribadi Siap Terpasang

Tidak terdapat banyak panduan untuk memasang komputer peribadi di Internet di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Indonesia. Adalah diharapkan dengan panduan yang ringkas ini, sedikit sebanyak dapat mengisi kekosongan itu.

Saya tidak sangat arif mengenai istilah-istilah komputer yang digunakan di dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Indonesia. Memadailah saya gunakan di sini istilah-istilah dari bahasa Inggeris, kerana ini memudahkan saya dan saya rasa difahami oleh pembaca juga.

Hardware Yang Diperlukan

1.¬† ‘Casing’ bersama ‘Power Supply’.

…tidak perlu yang mahal, asalkan diri menyukainya. Pastikan ‘power supply’ yang datang bersama didalam lingkungan 400~450 watt sudah memadai. Umumnya casing dan power supply yang dijual berasingan, lebih mahal harganya. Sejauh ini saya belum pernah ada masalah dengan power supply yang dijual bersama casing walaupun harganya murah.

2. ‘Motherboard’ dengan ‘graphic card’ tersedia ada padanya (built-in).

…pastikan graphic card sekurang-kurangnya dari jenis ATI Radeon seris 42oo, atau lebih baik lagi. Ini tahap DirectX 10. Buat masakini belum ada built-in graphic card yang di tahap DirectX 11. ‘Sound card’, ‘Ethernet port’ dan ‘USB port’ sudah menjadi lumrah masakini tersedia ada pada kesemua motherboard yang di pasaran. ‘Floppy Disk’ sudah tidak lagi di gunakan. Juga pastikan motherboard mempunyai sekurang-kurangnya dua ‘SATA port’. Satu untuk ‘harddisk’ dan satu lagi untuk ‘DVD Rewriter’ akan tetapi kebanyakan motherboard masakini mempunyai empat atau enam SATA port. ‘IDE port’ sudah tidak diperlukan lagi, tetapi masih juga terdapat satu IDE port pada kebanyakan motherboard yang ada di pasaran. Ini memungkinkan untuk pemilik menggunakan harddisk lama mereka sekiranya diperlukan. Rata-rata sekarang ini, banyak harddisk dan DVD Rewriter yang di pasaran kini menggunakan SATA port.

Jika sekiranya motherboard yang dipilih tiada mempunyai built-in graphic card, maka hendaklah dibeli graphic card yang berasingan (tersendiri).

3. CPU

…AMD atau Intel. Jika CPU AMD digunakan, motherboardnya mestilah dari jenis yang menyokong CPU AMD. Begitu juga sebaliknya jika menggunakan CPU Intel. Adalah lebih baik beli CPU yang mempunyai sekurang-kurangnya dua ‘core’ pada satu chip. Perbezaan harga diantara satu core CPU dengan dua core CPU tidaklah begitu jauh. Kelajuan CPU hendaklah sekurang-kurangnya 2.8 GHz. Ini disebabkan ‘Operating System’ masakini seperti Windows 7 sudah bertambah besar tapaknya, dengan dua core dan kelajuan CPU 2.8 GHz, kita akan terasa kelajuan komputasi dan tidak terasa lembab.

4. Memori

…dengan harga memori yang murah sekarang, dapatkan 2 Gigabyte atau lebih lagi. Lebihan memori membuat komputasi lebih laju. Operating System tidak perlu mengalihkan program yang tidak digunakan dari memori ke harddisk untuk memberi ruang kepada program baru yang dilancarkan, dan mengalihkannya semula ke memori dari harddisk bila diperlukan. Kesemua ini memakan waktu menjadikan komputasi terasa lambat. Memori yang terkini adalah dari jenis DDR V akan tetapi untuk motherboard banyak yang menggunakkan DDR II atau DDR III. DDR III lebih laju dan lebih mahal, jika sekiranya tidak mahu belanja berlebihan, memadai dengan DDR II. Juga terdapa ‘speed rating’ pada tiap jenis memori dan harap maklom lagi laju speednya lagi mahal harganya.

5. Harddisk

…perbezaan harga diantara harddisk yang kapasitinya didalam lingkungan gigabyte tidaklah begitu jauh, dapatkan kapasiti yang lebih besar. Harddisk yang kapasitinya di dalam lingkungan terabyte masih di tahap baru di pasaran, dari itu mahal harganya. 500 Gigabyte sudah cukup besar melainkan ianya diisi dengan banyak video atau wayang gambar.

6. DVD Rewriter

…CD sudah menjadi sejarah. DVD yang sekarang. BlueRay yang terkini – tetapi mahal harganya. Dapatkan DVD Rewriter, memadai. Cukup untuk boleh membaca dan menulis pada cakera DVD dan CD.

7. Monitor, Keyboard, Tetikus dan Speaker

…harga monitor LCD sudah murah – dapatkan ia jika berkemampuan. Keyboard dan Tetikus – beli yang menggunakan sambungan USB port. Speaker – ikut selera masing-masing. Ada yang passive (tanpa amplifier) dan ada yang active (dengan amplifier – biasanya dengan subwoofer). Ada juga monitor yang tersedia ada speaker padanya.

Tanda di socket - atas kanan

Memasang Hardware

1. Pasangkan CPU pada motherboard. Salah satu penjuru di CPU ada mempunyai tanda, pastikan penjuru yang bertanda ini selaras dengan tanda yang ada di socket CPU pada motherboard. Jika selaras dan betul CPU dan socket, CPU akan masuk dan duduk pada socket dengan sedikit tekanan saja. Jika tidak jangan di paksa, mungkin CPU dan socket tidak sepadan atau CPU tidak selari dengan socket (tanda pada penjuru di CPU dan socket). Jika dipaksa, pin-pin pada CPU akan bengkok (ini benar pada CPU AMD, CPU Intel berlainan sedikit).

2. Pasangkan ‘heatsink’ pada CPU.

3. Pasangkan memori pada motherboard.

Cpu terpasang pada socket - lihat tanda selari

4. Pasangkan panel belakang, jika ada, pada casing.

5. Pasangkan kaki (untuk mengikat motherboard dengan skrew) pada casing. Pastikan ia bertentangan dengan lubang-lubang yang ada di motherboard.

6. Pasangkan motherboard pada casing.

7. Pasangkan kabel power pada motherboard.

8. Pasangkan DVD Rewriter serta kabel power dan kabel datanya.

9. Pasangkan harddisk serta kabel power dan kabel datanya.

10. Pasangkan pendawaian yang ada di panel depan casing ke tempat masing-maing di motherboard. Ini adalah sekumpulan pin-pin di motherboard

Cpu, heatsink dan memori sudah terpasang

(biasanya disebelah tepi kiri) yang dinamakan “Front Panel” pins atau connections. Terdapat lima sambungan iaitu untuk power on/off switch, reset switch, lampu LED untuk harddisk, lampu LED untuk power on dan motherboard speaker. Selain ini juga terdapat sambungan untuk USB port (2 biasanya) dan sambungan untuk mic dan speaker (headset) di hadapan casing.

11. Cobaan yang pertama. Ia akan menentukan samaada berhasil atau tidak.

Tetapi sebelum itu hendaklah diRESET CMOSnya dahulu. Ini adalah sekumpulan tiga pin sederet yang biasanya terdapat berdekatan dengan bateri yang berbentuk bulat seperti butang. Sila lihat manual untuk kepastian. Akan terdapat ada ‘jumper’ yang menghubungkan pin 1 dan 2. Ini kedudukan ‘default’ yang normal. Untuk mengreset CMOS, alihkan jumper untuk menghubungkan pin 2 dan 3 buat seketika dengan kabel power supply dicabut dari dinding (tiada elektrik pada power supply). Kemudian alihkan jumper ke tempat asalnya, iaitu pin 1 dan 2.

‘Power On’ komputernya dan jika semuanya baik maka akan kedengaran satu bunyi ‘BEEP’ daripada motherboard speaker. Ini tandanya test terhadap hardware yang dilakukan oleh BIOS (Basic Input Output System) semuanya baik. Jika sebaliknya, semak semula pemasangan. Pastikan cpu, memori, graphic card (jika ada) duduk dengan baik. Juga pastikan tiada wire-wire untuk power yang tercabut/tertolak keluar dari socketnya ketika ditekan untuk memasangnya. Adakah CMOS sudah diRESET?.

Jika tiada masaalah, maka komputer sudah siap terpasang. Tahap pemasangan sudah selesai. Tahap seterusnya ialah  tentuan BIOS (BIOS settings) secara ringkas dan memasukkan Sistem Kendali (Operating System) Windows 7 dan perisian/aturan (program) applikasi yang akan disajikan pada artikel yang lain. Selamat mencuba.

Pasangkan back panel dan kaki untuk papan induk (motherboard)

Akhir sekali pasangkan kabel dan pendawaian untuk kipas heatsink, harddisk, DVD Rewriter dan Front Panel.

Advertisements