Berjinak-jinak Dengan HDR

Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Telatah para pembeli dan penjual menjadi lebih menarik, juga barangan yang diniagakan

HDR ialah singkatan bagi High Definition Range yang tafsirannya di dalam bahasa melayu ialah Jarak Definasi Tinggi. Ia adalah jarak yang tinggi di antara suasana yang terang dan gelap di mana segala butir-butir imej yang ada di antara kedua-dua suasana ini akan kelihatan. Butir-butir yang di luar dari jarak ini maka ia akan kelihatan silau (memutih) atau gelap (menghitam).

Bot nelayan terdampar menanti kehancuran sepenuhnya di Terengganu

Jarak definasi sinaran matahari sangatlah tinggi. Tidak semua butir-butir pada sesuatu pemandangan akan kelihatan oleh mata kerana jarak definasi penglihatan mata terlalu rendah berbanding dengan sinaran matahari. Akan begitu ianya lebih tinggi dari jarak definasi skrin monitor, mesin pencetakan atau sensor kamera digital. Sebab itu di dalam sesuatu pemandangan menerusi mata, akan dapat dilihat banyak butir-butir dengan jelas tetapi apabila gambarnya dipetik ia tidak kelihatan sama. Butir-butir yang kelihatan akan bergantung kepada ekposure yang digunakan. Kalau di ekspose pada tempat yang gelap maka butir-butir di sini akan kelihatan jelas tetapi akan memutihkan butir-butir di tempat yang terang. Begitu juga sebaliknya. Pada umumnya ekposure akan ditentukan oleh kamera pada jarak definasi di pertengahan melainkan jurukameranya mengenakan ‘manual overide’ yang mana ia menentukan eksposurenya atau sebagainya.

Dari itu maka timbullah teknik yang mana sesuatu pemandangan di ambil dengan beberapa eksposure, sekurang-kurangnya tiga eksposure atau lebih, untuk mendapatkan butir-butir di tempat-tempat yang terang, gelap dan di antaranya. Imej-imej ini kemudian disatukan untuk dijadikan imej HDR. Paparan imej HDR ini pada skrin monitor kelihatan seperti kelam kerana jarak definasi skrin monitor tidak dapat menjangkau jarak definasi tinggi yang ada pada imej itu. Imej ini kemudian menjalani satu lagi proses yang akan menurunkan jarak definasi tingginya ke jarak definasi rendah yang dikenali sebagai imej LDR atau Low Definition Range, iaitu imej yang berada di dalam jangkauan jarak definasi mata dan juga skrin monitor. Pada imej LDR yang dihasilkan ini akan kelihatan segala butir-burtir yang ada di dalamnya dengan jelas. Inilah perbezaan sebenarnya di antara imej HDR->LDR dengan imej LDR yang biasa.

Helang Siput. Gambar ini tidak tajam dan goyang tetapi selepas proses HDR menjadi lebih menarik

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan imej HDR dan kemudian menjadikannya imej LDR samaada dari jenis komersial ataupun yang freeware (perisian percuma yang boleh diguna-pakai tidak perlu dibeli). Ada juga kamera DSLR yang boleh menghasilkan langsung imej HDR seperti Pentax K7 dan selain itu, perisian komersial Photoshop boleh mengasilkan imej seperti imej HDR->LDR dari satu imej LDR selain dari boleh juga menghasilkan imej HDR dari beberapa imej yang berlainan eksposure.

Saya telah menggunakan perisian freeware Luminance dan Picturenaut untuk bermain-main dan memahami HDR. Setakat ini saya belum ada imej-imej yang belainan eksposure, iaitu imej-imej yang khusus untuk menghasilkan imej HDR. Saya hanya menggunakan perisan freeware Rawtherapee untuk menjadikan lima imej-imej yang berlainan eksposure dari satu imej biasa. Imej-imej ini kemudian dimasukkan ke perisian Luminance/Picturenaut untuk dijadikan imej HDR. Perbezaan antara Luminance dan Picturenaut ialah proses-proses penghasilan imej LDR dari imej HDR yang disebut ‘Operator’. Masing-masing mempunyai operator-operator yang berlainan yang pada akhirnya menghasilkan imej-imej LDR yang berlainan juga. Ada operator yang menjadikan imej itu seperti imej LDR biasa dan ada yang membuat tambahan hingga membuat kelainan yang ketara pada imej LDR yang dihasilkan.

Dalam pencubaan saya, saya dapati imej LDR yang dihasilkan mengandungi ‘noise’ (berbintik-bintik) yang ketara tetapi boleh dikatakan satu efek yang menarik juga. Dimasa-masa yang mendatang akan saya cuba menghasilkan imej HDR/LDR daripada tiga atau lebih imej-imej yang diambil khusus sebagai masukan ke perisian HDR untuk melihat perbezaannya.

Kepada yang berminat, “Selamat mencuba.”

Kuala Besut, Terengganu. Baru saya perasan ada Helang Siput sedang terbang

Petani, Kelantan. Ku titi bendung sawah bendang

 

Tambahan:

Satu lagi perisian freeware untuk menghasilkan gambar HDR->LDR bagi meluaskan lagi pilihan ialah FDRTools Basic.

Advertisements

2 Responses to “Berjinak-jinak Dengan HDR”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: