Meningkatkan Prestasi Toyota Avanza 1.3 vvti Auto

Ruang Enjin Toyota Avanza 1.3 vvti Auto

Setelah menyelusuri lelaman sesawang pemilik-pemilik Toyota Avanza di Malaysia mahupun yang di Indonesia membaca tentang apa-apa yang mereka lakukan, pertikaikan dan mempersetujui dan hasilnya saya telah memilih beberapa ubahsuai yang mana saya fikir baik dan minimal dilakukan untuk meningkatkan prestasi Mini MPV Toyota Avanza 1.3 vvti Auto.

Inilah yang menjadi pilihan saya.

Meningkatkan Road Holding

Rear Anti Roll Bar

Memasang ‘Strut Bar’ dan ‘ Rear Anti Roll Bar’ (juga dikenali sebagai ‘Sway Bar’ atau ‘Stabilizer Bar’). Berbanding dengan saiznya Avanza agak meninggi  jadi semasa selekoh terasa bahagian atas membuang (melawan) dari arah selekoh. Juga pada kelajuan yang tinggi di lebuhraya terasa kereta tidak begitu mantap. Sememangnya bukanlah Avanza direka untuk dipandu laju-laju tetapi jika dapat setakat 120kpj di lebuhraya dengan mantap ok lah. Setelah dipasang Strut dan Rear Anti Roll Bar kereta terasa lebih mantap pada kelajuan di lebuhraya dan buangan ketika selekoh pun berkurangan.

Masalah yang menghantui sesetengah Avanza iaitu bunyi krek krek krek di bahagian belakang telah dijumpai oleh seorang pemilik Avanza Indonesia. Untuk menghilangkan bunyi itu, lapisan plastik di belakang yang melengkung (sebelah pintu kiri dan kanan) hendaklah dibuka dan akan terdapat dua skrew yang menggunakan ‘allen key’ bentuk bintang. Ini perlu diketatkan. Saya telah lakukan ini, memang bunyinya berkurangan, sesekali sahaja kendengaran. Ini saya andai disebabkan oleh buangan (rolling) yang berlaku ketika selekoh. Ketika kereta masih baru tidak ada masalah, tetapi lama kelamaan ikatan makin melemah dan pergeseran pun berlaku lalu timbullah bunyi. Bunyi ini setelah dipasang Rear Anti Roll Bar langsung tiada lagi. Saya rasa semestinya Toyota memasang Rear Anti Roll Bar pada setiap Avanza yang baru.

Menambah Tenaga Pada Enjin

Dua perkara boleh dilakukan.

Pipa Myvi & Wira digunakan

Pertama: Mengantikan Standard Air Filter dengan Open Pod Air Filter. Ini memastikan banyak udara yang masuk ke dalam enjin, terutama udara yang sejuk. Dengan lebih udara enjin akan menjadi lebih bertenaga. Ini dapat dirasai pada rpm yang tinggi iaitu pada kelajuan yang tinggi dan boleh dirasa tarikannya jika minyak diperah lagi, sangat berguna ketika memotong. Perlu diingat bahawa tenaga tidak boleh didapati dengan percuma, konsumsi minyak akan meningkat. Di Malaysia tidak ada pipa (ram pipe) yang khusus untuk Avanza pada masa kini. Pipa ram untuk Perodua Myvi 1.3 (yang datang dengan dua batang pipa aluminium bukan satu) telah digandingkan dengan pipa ram untuk Proton Wira. Enjin Myvi 1.3 sama dengan Avanza 1.3, jadi saiz garis padu lubang untuk badan pemangkin (throttle body) sama dan lubang untuk diletak sensor udara tersedia ada pada pipa.

Sistem ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai “Cold Air Intake”.  Cara sebegini di blog ini yang paling mudah, ringkas dan murah.  Ada cara lain tetapi memerlukan banyak alatan dan kosnya pun lebih tinggi.

Alat untuk Air Injection

Kedua: Memasang apa yang disebut Air Injection. Ini meningkatkan tenaga di rpm rendah guna untuk meningkatkan pikup ketika meluncur dari keadaan kereta sedang berhenti atau menaiki curam, juga dikatakan menjimatkan minyak. Kalau yang di pasaran alat ini disebut ‘Micro Compressor’. Ianya hanyalah alat yang memasukkan udara sejuk kedalam ruang vakuum sebelum masuk ke ruang pembakaran di dalam enjin dan menjadikan campuran udara yang lebih pada bahan bakar (lean mixture). Tidak seperti udara yang melalui Open Pod Air Filter yang di atas, udara dari alat ini tidak melalui sensor udara, jadi tiada imbangan yang dilakukan oleh ECU untuk melebihkan minyak. Seorang jurutera di lelaman Indonesia telah menyatakan ini menyebabkan Air False yang mana ia boleh menghitamkan busi (spark plug?) dan rpm ketika tidak bergerak (idle) meninggi sedikit. Alat ini dibuat sendiri dengan menggunakan sambungan Y, tiub getah 8mm, Check Valve (one-way valve) dan mini air filter dan alat ini telah dipasangkan pada tiub dari PCV ke Vakuum. Check Valve diambil dari enjin Daihatsu G11/G100 (CB23). Ini dipilih kerana corongnya kecil hanya 3mm sahaja, jadi tidak banyak udara yang masuk untuk mengurangi Air False. Jika terlalu banyak udara, vakuum akan jadi bocor dan sistem brek akan terganggu. Master brake pump perlukan vakuum untuk berfungsi sepenuhnya. Bilamana enjin tidak dihidupkan, brek akan terasa berat sekiranya ditekan tetapi terasa ringan apabila enjin sudah dihidupkan. Ini disebabkan oleh bantuan dari vakuum. Sebab itulah alat yang bulat itu dinamakan Brake Booster.

Setelah dipasang rpm ketika idle nampak normal 750 dan 700 bila berhenti sesudah berjalan. Sistem brek pun berfungsi seperti biasa.

Kabel Tanah

Kabel Tanah

Memasang kabel tanah (grounding cable) pada yang perlu sahaja iaitu ke kotak gear otomatik agar ia berjalan dengan lancar sebagaimana ianya disyorkan oleh jurutera Indonesia yang sama di atas dan ke block head agar api spark plug menebal (ini saya andaikan sendiri). Kabel tanah ke badan kereta telah digantikan dengan kabel yang lebih tebal lagi.

Voltage Stabiliser

Ini tidak perlu kerana bateri itu sendiri sememangnya voltage stabiliser. Lebih baik beli bateri yang lebih besar dari yang ada daripada membeli voltage stabiliser yang mahal. Dengan bateri besar starting lebih senang dan boleh gunakan amplifier yang besar sedikit. Tetapi voltage stabiliser yang kecil lagi murah ada gunanya. Displaynya boleh digunakan untuk melihat keadaan bacaan voltan.

Bacaan Voltan

Aksessori Odeo

Dipasang dua buah subwoofer 10 inchi pada kotak tertutup yang dibuat sendiri di kiri dan kanan bahagian belakang kereta. Amplifier dan Speakernya dalam lingkungan 200 watt rms. Murah-murah aje tak perlu yang berjenama asalkan baik dan bersesuaian. Jika kedengaran ada ooomph pada bassnya ok lah tu. Sekarang ini semuanya IC iaitu menggunakan chips, jadi amplifier yang murahan pun sudah cukup baik. Speaker, pastikan sensitivity atau SPLnya tinggi (88 atau lebih lagi baik). Ini kerana speaker yang sensitivity tinggi lebih kuat mengeluarkan suara dari yang rendah jika diambil kira yang lainnya semua sama.

Juga biarlah spek speakernya lebih tinggi dari spek amplifier iaitu jika rating amplifiernya 200 watt rms (ini rating sebenar bukan yang PMP atau sebagainya) speakernya hendaklah dalam lingkungan 250 watt rms atau lebih sedikit. Jadi jika amplifier memberikan sepenuh tenaga yang ada padanya, speaker boleh angkat. Sebaliknya jika rating speaker lebih rendah dari amplifier dan amplifier memberi tenaga sepenuhnya akibatnya speaker ‘tak boleh angk’ malah bunyi akan berdempek dan speaker boleh menjadi rusak dengan cepatnya.

Subwoofer – Agar bassnya ada ooomph

Konsumsi Minyak

Ujian belum selesai. Mahu uji sampai beribu kilometer. Setakat ini nampak macam sama. Memang terasa ada tenaga, tetapi tetap pandu seperti biasa hanya sesekali jika diperlukan pikupnya barulah digunakan. Kalau di lebuhraya tidak ada masalah, boleh potong bas express dan tinggalkannya jika perlu. 😉

Update: 14 Ogos 2011

Setelah berjalan sejauh 1069 kilometer di kawasan luar bandar, sesekali masuk bandar JB, sesekali masuk lebuhraya, sesekali gunakan aircon dan menggunakan minyak petrol sebanyak RM145 (RM1.9/l) maka konsumsi minyak ialah 14 km tiap 1 liter.

Update: 14 Mac 2014

Ini dia gambar-gambar bagi yang ingin tahu di manakah letaknya skrew ‘allen key’ yang berbentuk bintang untuk menghilangkan bunyi krek krek krek di belakang kereta Abangza… eh Avanza.

Ini dia.  Yang ini di sebelah kiri belakang.  Kena tanggalkan plastik yang menutupnya dahulu

Ini dia. Yang ini di sebelah kiri belakang. Kena tanggalkan plastik yang menutupnya dahulu

Yang ini di sebelah kanan belakang

Yang ini di sebelah kanan belakang

Advertisements

21 Responses to “Meningkatkan Prestasi Toyota Avanza 1.3 vvti Auto”

  1. avanza Says:

    total kolo ganti semua itu brp y?

    • asahjaya Says:

      Saya pasang sendiri semuanya melainkan rear anti-roll bar. Berikut adalah harganya:-
      Rear anti-roll bar RM450 pasang di kedai
      Strut bar RM95
      Pipa aluminium untuk Myvi dan Waja RM160
      Filter RM60
      Grounding cable RM25 (3 tak dipakai)
      Grounding cable ke body kereta guna ground cable untuk welding unit dan terminal lug RM10
      Bateri RM175
      Voltage Stabilizer RM35
      Tiub getah 8mm and sambungan Y dan clip RM5 (check valve memang ada dalam simpanan boleh gunakan juga check valve untuk aquarium ikan yang baik. Harga dalam RM belasan saya kira.)
      Mini air filter RM15
      RM1020 semuanya lebih-kurang yang saya ingat. Mungkin rendah sedikit.
      Woofer dan amp dari kereta lama.

  2. CR7 Says:

    Terima kasih untuk tip2 diatas….saya ada 2 soalan :-
    1. Di manakah terletaknya “Air-Filter” untuk aircond?..
    2. Bagaimana nak tukarkan “air-filter” aircond tersebut (DIY)??..

    Sekian. Terima Kasih.

  3. asahjaya Says:

    Sama-sama. Maaf untuk filter aircon saya belum lagi lakukan, kereta baru berada dalam tangan saya dalam 6 bulan. Cuma pernah saya baca. Yang satu di belakang glove box. Kena turunkan glove boxnya untuk melihat. Yang cabin pula boleh lihat gambar yang di blog ini http://upgr8s.blogspot.com/2009/09/avanza-diy-aircond-service.html.

    Sekian harap dapat membantu.

  4. zamzam Says:

    apa perkembangan sekarang? strut bar jenama apa yang awak pakai? ultra racing cmaner.. ok ke…ada ke utk avanza 1.5 ver 2012?

    • asahjaya Says:

      Kereta dah ok tak perlu buat apa-apa lagi cuma maintain saja. Strutbar kalau tak silap Corr, itu yang saya dapat cari di JB. OK lah selekoh terasa mantap dan melekat. Bagi saya tidak kira brand asal ianya tegap sudah ok. Strut untuk avanza 1.5 yang baru, maaf tidak saya ketahui. Kemungkinan juga boleh pakai strut untuk avanza yang lama.

  5. bijan / damansdara Says:

    hi..
    ngah plan nak bli avaza 1.3 new fasilities,,,
    so lau saye nak buat cam u cadangkan..de tak info@ worksho@mekanik yang dicadangkan..coz saye nie x tere ngat sal engine..keter..

    • asahjaya Says:

      salam. minta maaf saya tak tahu pulak mana-mana workshop yang nak dicadangkan. Boleh rujukkan blog ini kepada workshop yang anda pilih. Kalau ketenya yang jenis baru (2012) rear anti-roll bar saya lihat sudah sedia dipasang, jadi tidak perlu. Cuma perlu pasang strut bar, open pod air filter, micro compressor (air injection disini) dan grounding cable. Saya syorkan running-in dulu kete barunya (tak boleh bawa laju-laju sehingga sampai beberapa ribu km – sila tanya pada penjual). Sesudah itu barulah boleh pasang.

  6. pazli Says:

    Salam bos kongsian yg menarik,

  7. pazli Says:

    Sy mmg bercadang nk beli avanza 1.3 masalah yg menghantui belah belakang bumpe tu yg meresahkan bos boleh pos gamba yg jelas dgn modifikasi yg dbuat

    • asahjaya Says:

      Maaf, kebelakangan ini saya sibuk dengan kerja-kerja renovasi dapur. Sedang pasang jubin pada dinding-dinding dapur.

      Untuk gambar buat masa kini belum boleh kerana sibuk nak siapkan dapur sebelum bulan puasa. Nanti setelah siap insyaAllah akan saya usahakan. Buat masa kini saya syorkan pasang rear anti-roll bar dulu.

      Sekian harap dapat membantu.

    • asahjaya Says:

      Gambar sudah dimasukkan. Tidak ada modifikasi, cuma perlu diperketatkan.

      Maaf dapur dah lama siap, cuma saya tidak ada apa-apa yang hendak dibuat pada kereta. Baru-baru ini lah dapat saya ambil gambarnya. Langit-langit kereta koyak sedikit akibat terkena bucu pintu aluminium ketika hendak keluarkannya memasukkannya. Untuk menampalnya banyak yang kena ditanggalkan.

  8. edy Says:

    tuan boleh whatsapp saya 01115730XXX kita sembang pasal avanza 1.3at

    • asahjaya Says:

      Terima kasih atas kunjungannya. Maaf saya tiada menggunakan whatsapp. Jika sekiranya mahu bertanya boleh tanyakan disini.

      Sekian terima kasih sekali lagi. Selamat Hari Raya.

  9. Nasharudin Says:

    Tq atas penerangan yg begitu mantap

  10. asmar Says:

    Salam Sejahtera
    Saya menghadapi masalah meter kelajuan kereta yang tidak stabil. Kadang2 saya bawa tak sampai pun 100 km/j tapi meter menunjukkan ke 160km/j. Mekanik pun kata tak tahu punca. Nak bawa ke toyota mahal pulak. Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: