Kampung Tepian Laut Moderen – Kampung Pendas Baru

Kampung Pendas Baru, Tanjung Kupang, Johor

Hari ini saya telah ke Gelang Patah dan menyelusuri jalan lama ke Pendas, Tanjung Kupang, yang terletak di tepian laut di bahagian barat daya negeri Johor. Bak kata tukang kasut dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok, “Gua Tupulanjat.” Saat saya tiba di sana keadaan sudah berubah. Lama sudah saya tidak kesana, saya rasa lebih dari tiga tahun. Di situ telah wujud satu kawasan perumahan baru yang diberi nama Kampung Baru Pendas.

Rumah-rumah di kampung ini baru-baru belaka. Rumah-rumah panggung batu yang didirikan dipergusian air (tidak pasti jika keseluruhan kampung). Sangat unik kampung ini, kampung yang belum pernah saya lihat di lain-lain tempat. Moderen tapi klasik. Tiada lagi pondok tempat pembuangan sampah organik. Oleh kerana saya pernah tinggal di tempat yang keadaan sebegitu teringin juga untuk memiliki sebuah unit di situ. Apabila ditanyakan kepada seorang penghuni di situ, dijawabnya, “Ini adalah pemberian kerajaan (Negeri Johor) sebagai ganti rumah kami di Pendas (Kampung Pendas yang lama).”

Rumah-rumah panggung batu di pergusian air

Sungguh bertuah mereka. Diharapkan mereka dapat menjaga kelestarian keadaan sekitaran mereka, menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sembarangan. Kalau lima puluh tahun dahulu, sampah tidak menjadi masalah sangat kerana kertas-kertas dan bahan-bahan organik akan hancur dikerjakan oleh masa dan cuaca, tetapi sekarang adanya plastik, seratus tahun ia tetap plastik juga.

Akhir kata, ini adalah suatu pembangunan yang boleh dicontohi oleh daerah-daerah lain yang serupa.

Tambahan (31 Ogos 2012) : Banyak lagi gambar-gambar perkampungan ini boleh dilihat di sini.

Advertisements

4 Responses to “Kampung Tepian Laut Moderen – Kampung Pendas Baru”

  1. Khir Says:

    Cantik nya mula2 tapi kalo dah tau sifat2 pengotor dan kaki semak (suka menyangkut segala bende dari periuk ke seluar dalam) bangsa aku ni, sat lagi macam kampung setingan di lain2 tempat Msia ni.Tunggu dan lihat jer.

    • asahjaya Says:

      Kebersihan sebahagian dari iman. Mudah-mudahan penduduk-penduduk di situ akan memelihara kebersihan lingkungan mereka. Sekarang ada plastik, ia tidak akan hancur dek hujan dan panas, semoga mereka menyedarinya. Boleh dijadikan objek wisata dan dibina restoran makanan laut untuk mereka-mereka yang berkunjung ke sana.

      Oleh kerana adanya orang-orang yang tidak menjaga lingkungan tidak dapat dielakkan, maka mestilah ada inisiatif untuk membersihkan lingkungan secara berkala. Hidupkan semangat bergotong-royong.

  2. rajacolek Says:

    elok la kampung tu..klo ade masa nak juga pergi kat tempat itu..hehehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: