Panduan Memasukkan Sistem Kendali Windows 7 – Bahagian Kedua

Windows 7 Home Premium 64 bit

Ini adalah lanjutan dari Panduan Memasukkan Sistem Kendali Windows 7 – Bahagian Pertama. Jika ia belum dibaca adalah disyurkan ianya dibaca terlebih dahulu kerana panduan di sini berdasarkan pada apa yang tertulis di sana.

Sebenarnya untuk memasukkan Sistem Kendali Windows 7 pada komputer yang baru atau komputer lama yang telah di bersihkan tidaklah rumit. Cuma kalau komputer lama itu melebihi dua tahun maka ia tidak digalakkan kerana Windows 7 memerlukan kuasa komputasi yang tinggi. Kalau prosesornya hanya satu ‘core’ maka kelajuannya hendaklah melebihi 2.6GHz dan jika sekiranya ianya dua ‘core’ atau lebih maka kelajuannya hendaklah sekurang-kurangnya 1.6GHz. Ini dikehendaki agar komputer tidak terasa lembab. Yang kurang komputasinya dari yang tersebut tadi jika sekiranya inginkan juga Windows 7 maka bolehlah memasukkan Windows 7 Starter atau Windows 7 Home. Perbezaannya yang ketara diantara Windows 7 yang lain dengan kedua-dua Windows 7 ini ialah tiadanya fungsi ‘Aero’. Fungsi Aero inilah yang membuat bingkai tingkap-tingkap dan taskbar menjadi jernih.

Setelah diteliti gambar-gambar yang hendak saya masukkan ke sini, saya dapati gambar-gambar itu sudah cukup untuk memberi penerangan. Maka panduan yang ringkas ini akan berdasarkan pada gambar-gambar dengan memberi sedikit-sebanyak penerangan di mana perlu.

Jika sekiranya langkah-langkah pada bahagian pertama sudah dilakukan, inilah langkah selanjutnya.

Tahap Pertama

Masukkan cakera Video Digital (DVD) Windows 7 ke dalam pacuan (DVDrom Drive) dan jalankan komputer. Komputer akan mencari sistem kendali mula-mula sekali di pacuan cakera padat/Video Digital sebagaimana yang telah ditetapkan. Berikut adalah apa yang akan terpapar di skrin monitor;

Tekan sebarang kekunci di keyboard

Setelah itu ia akan membaca perisian/aturan (program) yang ada di cakera VD itu dan seterusnya inilah yang akan berlaku:-

Muatan bermula

Wiindows akan bermula

ikut citarasa jika tak pasti boleh ikut yang ini

Klik Install now

Setup bermula

Nyatakan persetujuan dan klik Next

klik Custom (advanced)

klik 'Drive options (advanced)'

Nota: Jangan terperanjat kalau terdapat di sini lima bagian (partition). Saya telah membuat satu lagi bagian yang dibentuk (format) dengan sistem file Linux (Ini tidak kelihatan pada Windows Explorer). Saya gunakan bagian ini untuk menyimpan salinan imej (mirror copy) apabila segalanya telah selesai (termasuk pengerak alat [driver] dan ‘activation’ Windowsnya). Jika ada kerosakkan saya cuma perlu menyalin semula dari imej salinan yang disimpan ini. Kedua-dua proses ini (menyimpan salinan dan menyalin semula salinan ini ke bagian [partition] sistem kendali – ini membuat bagian itu seperti baru) saya gunakan perisian freeware donationware yang bernama Clonezilla. Tetapi ini tidak perlu kerana Clonezilla pun boleh menyimpan salinan di sistem fail NTFS.

klik Partition 1 kemudian klik Format

Pada tingkap yang keluar klik OK

Pastikan Partition 1 berhighlight klik Next

Masukan bermula

Tahap pertama hampir tamat

Tahap pertama selesai

Tahap Kedua

Jagan ditekan apa-apa, biarkan

Mula tahap kedua

Memasuki tahap kedua

Akhir tahap 2

Reboot ke tahap 3

Tahap Ketiga/Akhir

Jangan disentuh, biarkan

Masuk tahap 3/akhir

Bubuhkan nama dikotak atas

Taipkan password jika perlu. Jika diisi tiap kali Windows mula kena taip password

Taip product key di sini

Klik Ask me later

Pilih zon waktu tempat anda

Sudah hampir siap

Selesai

Sudah selesai tetapi belum keseluruhannya. Perlu dimasukkan pula pengerak (driver) bagi alat-alatan lain yang ada pada komputer itu seperti kad suara, kad graphic dan sebagainya. Biasanya ia disimpan di dalam cakera padat (CD) atau DVD yang ada dengan papan induk (motherboard) yang dibeli itu. Jika sudah dimasukkan semua pengerak-pengerak yang diperlukan barulah diaktivetkan Windows 7 ini dan di’update’kan sekali. Selamat mencuba.

Nota: Kepada yang berkenaan, Locke ah, locke.

Advertisements

2 Responses to “Panduan Memasukkan Sistem Kendali Windows 7 – Bahagian Kedua”

  1. ctkathy Says:

    Wow! What a lengthy post… Is there a part three? Haha!! 😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: