Panduan Memasukkan Sistem Kendali Windows 7 – Bahagian Pertama

Windows 7 Home Premium 64 bit

Setiap komputer mesti mempunyai Sistem Kendali (Operating System) untuk berfungsi. Umumnya pada komputer peribadi masa kini yang menggunakan prosesor x86 sistem kendalinya ialah Windows atau perisian sistem kendali percuma (freeware) yang dikenali sebagai Linux. Bagi sistem kendali OS X yang digunakan oleh komputer peribadi Apple ia adalah tertutup, hanya boleh digunakan oleh komputer peribadi keluaran Apple sahaja. Akan diterangkan di sini secara ringkas bagaimana hendak memasukkan Sistem Kendali Windows 7 pada komputer peribadi yang baru dipasang atau yang lama tetapi mahu dibersihkan semula.

Dalam segala usaha untuk memasukkan sistem kendali atau apa-apa perisian aplikasi perlu diingat bahawa ia tidak akan merusakkan kerasan komputer (hardware), paling-paling komputer itu tidak dapat berfungsi dengan baiknya melainkan pengodaman telah dibuat pada bahagian dalaman kerasan komputer itu sendiri seperti BIOSnya telah diubah dengan dibuat pengodaman (hacking) kepada yang asal. Jika salah komputer langsung tidak boleh hidup, istilah yang digunakan ialah menjadi batu (brick). Akan tetapi kalau tidak dibuat, tidak akan diketahui apa-apa mengenainya, itu semua pelajaran cuma pastikan dahulu cara-caranya dengan betul dan ketahui langkah-langkah yang perlu diambil jika salah (jika sekiranya ada) dan yang penting adakah ianya perlu dibuat, sanggupkah kita menghadapi risikonya? Ini sebagai infomasi sahaja kerana untuk memasukkan sistem kendali atau apa-apa perisian aplikasi, tidak perlu merasa takut, paling-paling jika tidak berjaya ia boleh diulangi semula. Komputer tidak akan rusak melainkan digodam (hack).

Inilah langkah-langkah untuk memasukkan sistem kendali Windows 7 pada komputer.

Perhatian: Jika sekiranya cakera keras itu lama pastikan data-data sudah dialihkan atau sudah dibakup di lain tempat. Langkah-langkah di sini akan memusnahkan segala data yang ada di cakera keras. Anda sudah diperingatkan.

1. Pastikan komputer bermula dengan cakera padat (cdrom)

Semasa komputer baru dijalankan, tekan kekunci DEL berkali-kali. Ini akan membuat komputer memaparkan diskrin tentuan BIOS (BIOS setting). Bagi komputer yang berjenama sila lihat manualnya untuk mengetahui kekunci mana yang harus ditekan (biasanya F10 ataupun ESC). Pastikan komputer memulakan pencarian sistem kendali di cakera padat (cdrom) dahulu, dan pada langkah kedua pilih cakera keras (hard disk).  Tidak dibolehkan (Disabled) yang selainnya. Tentuan ini menyebabkan komputer, apabila baru dijalankan, mencari sistem kendali di cakera padat untuk dimasukkan kedalam memori. Jika sekiranya tiada ia akan mencari pula di cakera keras. Dan jika sekiranya tiada juga ia akan tergantung (hanged). Ini adalah tentuan yang telah ditetapkan sebagaimana tadi dan boleh dilihat disini hanya dihadkan pada dua tempat sahaja.

Tentuan yang dibuat

2. Membuat bagian (partition) pada cakera keras

Sebelum boleh digunakan, cakera keras mestila dibuat bagian (partition) padanya dan kemudian dibentuk (format) dengan sistem fail (file system) yang diingini. Untuk Windows sistem failnya cuma satu sahaja iaitu NTFS. Sistem fail yang lama seperti Fat atau Fat32 tidak boleh digunakan untuk memasukkan Windows tetapi Windows boleh baca data-data dari sistem fail ini. Oleh kerana cakera keras masa kini kapasitinya sangatlah besar ia perlu dipecahkan kepada beberapa bagian. Boleh juga digunaka perisian Windows (pada satu peringkat di dalam proses memasukkan sistem kendali) untuk membuat bagian ini tetapi untuk membuat bagian sebagaimana yang kita kehendaki disyorkan perisian GParted. Sila muat-turun perisian ini dah bakarkan pada cakera padat (cd). Masukkan cakera kedalam pacuannya (cdrom drive) dan jalankan komputer. Tekan sahaja kekunci ENTER pada semua soalan yang ditanya melainkan bila sampai pada tahap seperti yang kelihatan di gambar yang di bawah ini. Untuk ini tekan kekunci 0 (kosong/sifar) diikuti dengan ENTER. Akhirnya skrin akan kelihatan seperti gambar yang kedua.

Tekan 0 dan Enter

Skrin GParted. Kalau yang sudah ada bagian (partition) buangkan (delete) semua sehingga jadi seperti ini

Cakera keras ini kapasitinya ialah 1TB dan belum dibagiankan. Klik kanan (Right Click) pada ‘unallocated’ dan pilih ‘New’. Walau apapun kapasiti cakera keras untuk bagian yang pertama di mana akan dimasukkan perisian sistem kendali dan perisian aplikasi adalah baik dihadkan pada 100GB. Ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Pilih ‘Primary Partition’ untuk ‘Create as’ dan ‘ntfs’ untuk ‘File system’ seperti yang kelihatan di bawah ini. Apabila sudah selesai klik +Add.

Bagian pertama untuk perisian sistem kedali dan perisian aplikasi

Yang selebihnya jadikan semuanya bagian pembesaran (Extended Partition). Klik +Add.

Bagian Pembesaran (Extended Partition)

Ia akan kelihatan seperti gambar di bawah ini. Teruskan pembagian pada yang ‘unallocated’ ini kepada tiga bagian iaitu setiap satu 300GB (3 kesemuanya – yang akhir tidak sampai 300GB). Bagi semua bagian ini pilih ‘Logical Partition’ untuk ‘Creat as’ dan ‘ntfs’ untuk ‘File system’. Ingat tiap selesai buat satu bagian jangan lupa untuk klik +Add. Sesudah selasai klik ‘Apply’ pada menu yang terpapar di atas. Susulan ini akan keluar satu tingkap untuk kepastian, klik butang ‘Apply’ yang ada pada tingkap itu untuk memastikan yang kita berkehendakkan demikian.

Bagian Pembesaran (Extended Partition)

Bagian logika 1 (Logical partition 1)

Bagian logika 2 (Logical partition 2)

Bagian logika 3 (Logical partition 3)

Sesudah selesai membuat bagian, klik Apply

Buat kepastian klik butang Apply

Apabila sudah selasai maka cakera keras sudah dibagiankan (partition) dan dibentuk (format) dengan sistem fail NTFS. Satu lagi perkara yang tinggal. Klik kanan pada bagian yang utama (primary partition) iaitu yang teratas sekali. Akan keluar satu menu, klik Manange Flags. Pada tingkap yang keluar nanti tandakan kotak yang bernama ‘Boot’. Ini menandakan yang bagian ini yang akan jadi sasaran untuk komputer mencari perisian sistem kendali untuk dimuatkan ke dalam memori dan seterusnya menjalankan komputer.

Klik ‘Manage Flags’

Selesai sudah bahagian yang pertama yang mana cakera telah sedia untuk dimasukkan Sistem Kendali Windows 7. Jika sekiranya kita belum pernah buat perkara ini, untuk pertama kali melakukannya, kita sedikit sebanyak akan merasa khuatir. Jangan segan untuk bertanya kepada yang mengetahui dan juga membaca artikel-artikel yang berkenaan dengannya. Jika sekiranya tidak menjadi, ulangi lagi, tidak ada masalah. Apapun berlaku itu satu pelajaran dan membuat kita lebih memahami akannya dan seterusnya akan membuat kita lebih yakin. Saya terpaksa memecahkan kepada dua bahagian kerana ini sudah berjela. Jika sekiranya teringin hendak mencuba memasukkan sistem kendali Windows 7 selepas ini, teruskan. Cuma satu pesanan saya, masukkannya pada bagian yang utama iaitu yang teratas sekali dan bentuk (format) sekali lagi dengan Windows. Ini kerana jika sekiranya tidak dibentuk (format) oleh Windows, Windows boleh menulis data padanya pada tahap pertama akan tetapi apabila sudah ‘reboot’ dan masuk tahap kedua, Windows tidak dapat membacanya. Oleh itu jangan lupa bentuk (format) sekali lagi. Tentang sistem failnya (File System) tidak perlu dirisaukan kerana secara otomatis sememangnya NTFS. Selamat mencubanya.

Nota:

GParted boleh digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan bagian (partition) yang telah ada walaupun ia mengandungi data termasuk bagian yang mengandungi sistem kendali. Dari pengalaman saya kalau bagian itu besar dan datanya banyak ia akan memakan waktu yang agak lama. Lebih baik dialihkan datanya ke tempat lain dan kosongkan bagian itu. Ini lebih selamat kerana ia seperti data sudah dibakup.  Bagian yang mengandungi sistem kendali walaupun boleh dilakukan akan tetapi tidak digalakkan melainkan ianya tiada data-data yang penting dan anda ingin mencubanya. Ini tidak digalakkan kerana kadangkala penunjuk kepada fail permulaan menjadi celaru dan menyebabkan sistem tidak boleh dihidupkan.

Bahagian kedua di sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: