Tiada Paksaan Dalam Islam

Kita sebagai umat Islam apabila berdakwah kepada orang-orang yang bukan islam, ketahuilah bahawa tiada paksaan dalam Islam.  Mereka tidak boleh dipaksa untuk memeluki ugama Islam.  Tugas kita hanya menyampaikan sahaja dan terserahlah kepada diri mereka untuk menentukan.  Jika mereka jujur dan ikhlas, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan jalan bagi mereka.  Jika sebaliknya maka tiada lah nur penerang masuk meresapi hati mereka. Akan tetapi sesama umat islam sendiri kita disuruh mengajak kepada membuat kebajikan, mengajak kepada membuat pekerjaan-pekerjaan yang baik-baik dan bukannya mengatakan tiada paksaan dalam islam, iaitu mereka boleh memilih untuk kekal dalam islam atau keluar dari ajaran islam dan menganut ugama yang lain.  Boleh dikatakan tiada sifat keprihatinan terhadap sesama islam yang lain.  Ini aniaya namanya.  Kerana, jika seseorang itu tidak islam maka di akhirat kelak nerakalah tempatnya dan kekal di situ buat selama-lamanya.  Dijauhkan Allah, aku berlindung denganNya dari yang sedemikian.

Islam perlu dihayati untuk merasakan kemanisannya. Sememangnya kita tiada daya dan upaya tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berdoa untuk meminta petunjuk dan bimbingan daripada Allah Ta’ala serta mohon kekuatan untuk menjalankannya dengan sempurna.  Sesungguhnya Dia Maha Pemberi.

Saya akhiri dengan video dari Youtube yang menunjukkan beribu-beribu orang di negara Jerman memeluk Islam.

Advertisements

2 Responses to “Tiada Paksaan Dalam Islam”

  1. abuhanisah Says:

    segala puji hanya utk Allah yg beri mereka hidayat & taufik utk buat da’wah dikalangan org yg belum Islam. Semoga Allah terima amal baik mereka dan pelihara niat mereka; hanya utk sukakan Allah. Tapi kenapa ada yg kata; umat Islam kena baik dulu baru boleh buat da’wah dan lagi teruk; org islam belum sedia lagi nak buat da’wah.bertaubatlah wahai org islam sekalian…

    • asahjaya Says:

      SubhanAllah. Sekurang-kurangnya kalau kita dapat menjalankan budi perkerti seperti yang diajarkan oleh ugama Islam, itu pun sudah da’wah. Orang yang bukan islam akan dapat melihat kecantikannya. Sayangnya tidak banyak yang dapat dilihat.

      Wahai Zat yang Maha Suci, kuatkanlah orang-orang Islam.

      Terima kasih atas kunjungannya, wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: