Tiada aku sangka tahun baru Hijrah 1434 membuat aku melakukan penghijrahan juga dari teduhan yang lama ke teduhan yang baru. Semoga tempat yang baru ini akan lebih baik dari yang lama. Amin.
Dari segi kebaikannya berbanding dengan yang lama, buat permulaan, ianya lebih luas lagi dan aku tidak lagi perlu membayar sewa pada tiap-tiap hujung bulan. Diharapkan juga agar sangatlah berkurangan atau hampir tiada sama sekali serangga-serangga yang menumpang sama melainkan sepasang burung layang-layang yang bersarang di anjung rumah lama. Mereka dipersilakan jika sudi.
Banyak yang perlu dilakukan. Membersihkannya terlebih dahulu, memasang lampu-lampu, langsir, tukar singki, memasang pipa untuk berwudu dan membersihkan diri selepas melakukan hajat dan lain-lain lagi. Tidak lupa juga mengalihkan barangan dari tempat yang lama ke tempat baru ini. Aku mengambil kesempatan ini untuk membuang barangan yang aku simpan yang aku rasa tidak perlu. Sebagai seorang DIY, banyak juga barangan yang disimpan.
Rasanya kerja-kerja yang perlu dilakukan akan memakan masa sedikit walaupun semua barangan sudah dialihkan kerana tergerak dihati untuk medirikan tembok mengasingkan ruang dapur dengan ruang tamu. Aku memohon petunjuk, bimbingan dan kesempurnaan dari Nya untuk melakukan itu.
Sunday, 18 November 2012 at 12:59 am
Hati aku berlonjak bila dengar kawasan rumah baru ni, sebabnya …dulu bila engkau sebut pasal nak pindah, aku angan-angankan kawasan tu yang akan kau pilih. Nampaknya, angan-angan jadi kenyataan
INI BUKAN KOMEN YE