Selamat Hari Raya ‘IdilFitri 1435

Sempena datangnya awal Syawal esok dan berakhirnya Ramadhan penghulu segala bulan ini, saya ucapkan, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri kepada sekalian muslimin dan muslimat semoga puasa kita diterima Allah Ta’ala tuhan yang maha Esa lagi Sangat Pengasih dan Sangat Mengasihani dan dengan RahmatNya semoga kita kembali fitrah.”

Saya ingin menyentuh dua perkara, yang satu saya fikir sangat penting kerana ianya menyentuh tentang tauhid dan yang lagi satu saya kira melucukan.

Pada akhir-akhir Ramadhan banyak lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radio.  Antara banyak lagu-lagu raya yang berkumandang ada dua yang saya tahu liriknya salah.  Yang satu salah tentang tauhid dan yang lagi satu salah tentang fenomena alam.

Pertama: Lagu raya yang dinyanyikan oleh Sanisah Huri yang mana saya tidak tahu tajuknya.  Semasa saya mengikuti kelas ugama di Singapura dahulu ketika saya menetap di sana, ustaz yang membimbing kelas itu telah memberitahu bahawa Allahu Akbar pendek sahaja sebutan Akbarnya.  Kalau Akbarnya (bunyi ‘bar’nya) panjang maka maknanya lari, bukan lagi Yang Maha Besar, malah ertinya telah menjadi Pokok.  Sebab itu di Singapura penyanyinya Sanisah Huri telah membuat versi yang baru yang mana bunyi Akbarnya telah dipendekkan.  Saya harap pihak-pihak yang berkenaan tidak lagi menyiarkan lagu ini di hari-hari yang mendatang.

Kedua:  Lagu raya rok yang saya tidak tahu grupnya ataupun tajuknya.  Tersebut pada liriknya (lebih kurang yang saya faham) bulan sedang menyinar semasa menunggu fajar awal Syawal.  Ini salah.  Bulan mengambang penuh dan hampir penuh pada malam-malam 14, 15 dan 16.  Pada akhir bulan, cahayanya hampir tiada kelihatan.  Hendak mempastikan melihat anak bulan kena pakai teropong itupun kalau tiada awan yang melindunginya.

Semoga kembali fitrah.

Advertisements