Ya Rasulallah Ya Habiballah Marhaban Ya Marhaban

Masjid Nabawi, Madina

Hari ini, bersempena dengan 12 Rabiul Awwal Hijrah 1439, ialah hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi yang diutus buat sekalian umat di akhir zaman untuk memperbaiki akhlak.

Tarikh ini ialah yang paling masyhur.  Akan tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tarikh lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. jatuh pada 8 Rabiul Awwal.  Ini khilafiah, tidak ada masalah, yang penting ialah kita mempunyai sifat cinta, kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w..  Nabi yang berasa susah apabila kita kesusahan dan sangat-sangat menginginkan kita mendapat kebahagian.

Sallu Alaih.

Advertisements