Buat Membasahi Pipi

Tatkala di keheningan malam

Tatkala bumi berkeadaan kelam

Tatkala hati yang remuk redam

Menantikan keindahan datang menyulam

Sayu hati mendengar dendangan

Puja dan puji tiada rintangan

Pengorbanan tiada terhitung

Hanya kita tak tahu diuntung

Yang dikata banyak telah terkota

Tinggal menunggu sang mahkota

 

Surah At Taubah

https://i2.wp.com/www.sacred-texts.com/isl/gif/009/009_128.gif

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar


			
Advertisements

Marhaban Ya Ramadhan 1439

Umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa Ramadhan pada tanggal 17hb Mei 2018.  Saya kira begitu juga dengan umat-umat Islam di rantau ini.  Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada,

“Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, semoga puasa kita diterima Allah s.w.t..” Amin.

 

Semoga Allah Ta’ala memelihara kita dari membazir dan makan yang keterlaluan.  Janganlah waktu berbuka, meja penuh dengan makanan. Bersederhanalah, kerana itu sebaik-baiknya.