Umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa Ramadhan pada tanggal 17hb Mei 2018. Saya kira begitu juga dengan umat-umat Islam di rantau ini. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada,
“Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, semoga puasa kita diterima Allah s.w.t..” Amin.
Semoga Allah Ta’ala memelihara kita dari membazir dan makan yang keterlaluan. Janganlah waktu berbuka, meja penuh dengan makanan. Bersederhanalah, kerana itu sebaik-baiknya.
Leave a Reply