Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1440

Cepatnya masa berlalu dan bulan Ramadhan akan meninggalkan kita diikuti dengan kedatangan bulan Syawal.  Semoga kita mendapat barkah darinya, segala amalan-amalan yang kita lalukan diterima Allah s.w.t. dan diri kita kembali fitrah.  Harapan agar yang Maha Berkuasa atas segala-galanya mengurniakan kesejahteraan, kebahagian serta keselamatan bagi kita semua untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada dan yang mendatang.

Sempena dengan kedatangan hari pertama bulan Syawal, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat;

“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga kembali fitrah.”

Kepada yang mengenal diri ini, “Maaf Zahir dan Bathin.”

 

Yang tersurat telah pun tersirat

Hilanglah kabus di hujung jalan

Namun pencerahan yang kelihatan

Membuat jantung berdegupan

Pilu hati meniti ketentuan

Sopan santun jarang kelihatan

Menanti keindahan penuh harapan

Pada hari-hari ketenteraman