Rumah Melayu Semenanjung Malaysia

Rumah melayu tradisional umumnya ialah rumah panggung yang bertiang kayu dan mempunyai tingkap daun yang labuh sampai ke lantai serta banyak jumlahnya.  Ada juga yang mencampurkan tingkap labuh dan yang singkat. Buat masa sekarang, kebanyakannya sudah lama dan sekali-sekali sahaja baru ada yang baru kerana kini harga kayu sangat mahal.  Pula, yang lama tidak banyak dalam berkeadaan baik. Saya mengambil kesempatan yang masih ada untuk merakam sisa-sisa yang masih ada agar ia boleh dijadikan rujukan di masa-masa mendatang.  Sekurang-kurangnya boleh di bina rumah panggung batu dengan design rumah tradisional.

Tidak semua pelusuk yang saya lalui, hanya jalan-jalan utama dan yang berdekatan dengannya sahaja.  Jadi ini hanya sebahagian sahaja dari rumah-rumah tradisional melayu yang ada di semenanjung. Terdapat juga rumah-rumah panggung yang cantik tetapi tidak bertiangkan kayu dan ada yang bertingkap kaca yang dilipat.  Rumah-rumah ini ada sebahgiannya saya ambil gambarnya, tetapi saya tidak muatkannya disini.

 

 

Ini gambar Masjid Kampung Laut di Kelantan

Penerangan

 

Masjid Kampung Laut Kelantan

Marhaban Ya Ramadhan 1441

SubhanAllah, tak terasa masa begitu cepat berlalu walaupun dengan PKP yang sedang dijalankan sekarang.  Semoga sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka, berada di dalam RahmatNya dan lindunganNya.  Amin.

Sememangnya keadaan tidak akan aman, malah akan menjadi lebih getir.  Terlalu banyak kemungkaran, ketidakadilan dan kerosakan berlaku. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya menjadi terlalu kaya.  Semua negara-negara di dunia mengecap matawang masing-masing. Yang tidak adilnya, ada yang laku, samaada nilainya tinggi atau rendah (contoh: China & Jepun), dan ada yang tidak laku sangat.  Yang tidak laku sudah tentu nilainya rendah.  Jadi negara-negara yang matawangnya laku, mereka boleh cap sebanyak mana yang mereka mahu dan belanjakan (dalam atau luar negara).  Ini tidak akan berlaku sekiranya wang mas atau perak digunakan.

Umumnya orang islam mengetahui akan datangnya seorang pemimpin yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran yang mana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman.  Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, di mana sahaja mereka berada,

“Selamat menunaikan ibadah puasa semoga puasanya diterima Allah s.w.t. yang maha mengasihi dan sangat mengasihi.”  Amin.