Cepatnya masa berlalu dan bulan Ramadhan akan meninggalkan kita diikuti dengan kedatangan bulan Syawal. Semoga kita mendapat barkah darinya, segala amalan-amalan yang kita lalukan diterima Allah s.w.t. dan diri kita kembali fitrah. Harapan agar yang Maha Berkuasa atas segala-galanya mengurniakan kesejahteraan, kebahagian serta keselamatan bagi kita semua untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada dan yang mendatang.
Sempena dengan kedatangan hari pertama bulan Syawal, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat;
“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga kembali fitrah.”
Kepada yang mengenal diri ini, “Maaf Zahir dan Bathin.”
Orang-orang Sirkasi atau di dalam bahasa Inggeris disebut Circassian adalah mereka yang menduduki bahagai baratlaut daerah Kaukasus (Caucasus – wilayah utara Turki dan Iran ) berdekatan Gunung Elbrus. Ia tertakluk di dalam jajahan Russia, bersebelahan dengan wilayah Republik Chechen, juga bawah jajahan Russia. Kebawah Republik Chechen, ialah wilayah Dagestan (Russia) dan negara-negara Georgia, Armenia dan Azerbaijan.
Saya ada menaruh minat terhadap tarian-tarian orang-orang yang menduduki daerah Kaukasus ini. Sedang saya mencari tarian mereka di Youtube, terjumpa pula tarian ini yang sangat mempersonakan walaupun pelahan gerakannya dengan diiringi irama yang tidak kurang mengasyikkan. Tarian ini dinamakan Tarian Bangsawan Sirkasi ( Circassian Noble Dance ). Ini akan difahamkan kenapa begitu setelah melihat gerak-geri penari-penari lelaki dan perempuan. Apa yang membuat saya lebih tertarik adalah iramanya yang ada mirip-mirip irama Melayu.
Mereka mempunyai banyak jenis tarian yang berbeza dari segi koreografinya walaupun gerak-gerinya seakan-akan sama. Sudah tentu masing-masing daerah akan mempunyai cara persembahan mereka yang tertentu. Bagi kita yang asing, akan kelihatan sama sahaja. Sejujurnya, tarian yang saya cari ialah tarian orang-orang Chechen (sama juga bagi daerah lain Kaukasus) yang digelar Tari Lovzar atau Lowzar atau Lezginka. Begini tariannya;
Semoga ibadah yang sedikit ataupun yang tiada terbilang
Diterima Allah dan tiadalah ia hilang
Ku dengarkan dendangan penuh sedulang
Sampai fajar hampir menjelang
Yang membuat hatiku sayu di ulang-ulang
Tetapi yang ini membuat ku berlinang
Saya ucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat, dimana jua mereka berada, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga setiap amalnya diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala, terhapus segala dosa-dosanya dan kembali Fitrah. Kepada yang mengenal diri ini, “Mohon ma’af atas segala kesalahan Zahir dan Bathin.”
Umat Islam di Malaysia akan memulakan puasa Ramadhan pada tanggal 17hb Mei 2018. Saya kira begitu juga dengan umat-umat Islam di rantau ini. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada,
“Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, semoga puasa kita diterima Allah s.w.t..” Amin.
Semoga Allah Ta’ala memelihara kita dari membazir dan makan yang keterlaluan. Janganlah waktu berbuka, meja penuh dengan makanan. Bersederhanalah, kerana itu sebaik-baiknya.
Happy Eid Mubarak greetings to all muslims on this auspicious day of Eid al-Fitri. As we say in Southeast Asia, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri” or “Selamat Hari Lebaran.” May all our deeds this passed Ramadhan are well received by the Al-Mighty and all our sins erased so that we may return back to our ‘Fitrah’ state. I would like to add in my lingo, “Maaf Lahir dan Bathin (forgive my overt and covert wrongdoing if any) to all that know this yours truly.”
The Malays have tons of Hari Raya songs (Eid songs), just check it out on Youtube. I have three of them linked here. The level of the Malay language used in some of these Eid songs is high that sometimes I can only barely managed to grasp the meaning.
SALAM DUNIA – Peace to the world
Chorus;
Salam dunia, Salam semua – Peace to the world, Peace to all
Salam Hari Raya, Bersinar akhirnya – Peace to this Hari Raya (Eid), Shining at last
ANUGERAH AIDILFITRI – Awards of Eid Al-Fitri
Mankind is a forgetful lot, denying and/or forgetting the favours blessed upon them by their Lord.
Heart wrenching chorus;
Mari puji-memuji kepada tuhan – Come let’s praise The Lord
Titis kasihNya melimpah seluruh alam – Bead of His Love overflows all over the realm/universe
Mari puji-memuji tuhan yang esa – Come praise The One and Only (unique) Lord
Insafi nikmat diberi di Hari Raya – Be repented for favours granted this Hari Raya
NAZAM LEBARAN – Poem of Eid
Chorus;
Berdendang mari berdendang, Berdendang di seluruh alam – Hum, come lets hum, Hum all over the realm (Universe)
Bergema suara bergema, Nazam lebaran – Resonate the voice resonate, Poem of Eid
Bertingkah rentak bertingkah – Bertingkah paluan rebana – Behave, the beat behave – Behave, the beating of rebana*
Many tourists come to stay in Jogjakarta to visit Prambanan temple and Borobudur. Malioboro is a street name in central area of Jogjakarta, next to Tugu train station and is a kind of melting pot where domestic and foreign tourists come to sample the place and do some shopping. One of the popular items on sale here are T-shirts. The words Jogja (short for Jogjakarta) and, or Malioboro are found in many of the artwork. Not surprisingly, the surrounding areas are packed with tourist class and budget hotels.
Shop selling T-shirts
Train passing
It is called Dokar in Jogjakarta
Mobile stall selling slippers and beads
Rest while waiting
Motorised becak, not as stylish as the ones in Makassar
Probably the most photographed road name in all Indonesia if not the world, endless
Dengan berakhirnya bulan Ramadhan yang penuh dengan barkah ini, dan menjelangnya Syawal, muga-muga puasa yang telah kita tunaikan diterima oleh Allah s.w.t., dan dengan RahmatNya yang Maha Melimpah-ruah, diberiNya senantiasa kepada kita sekalian, kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan di dunia dan di akhirat. Amin.
Sangatlah baik jika kita teruskan dengan berada dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Telah didapati dalam satu kajian di Russia, ia itu orang yang boleh tahan lapar boleh bertahan dengan kehidupan pada waktu kesusahan kerana ia perlukan hanya sedikit makanan sahaja. Tetapi sebaliknya jika sekiranya ia makan berlebihan, dia akan cepat menjadi gemuk kerana makanan yang tidak diperlukan oleh badan akan disimpan menjadi lemak. Kesimpulan ini hasil dari siasatan para saintis Russia yang membuat penyelidikan terhadap mereka-mereka yang selamat setelah kota mereka dikepung oleh tentera Jerman lebih dari setahun semasa perang dunia kedua. Mereka hidup dengan apa yang ada pada ketika itu. Di dalam satu hadith, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kami daripada gulungan yang tidak makan melainkan kami lapar, dan apabila kami makan, tidak sampai kenyang.” Muga-muga kita termasuk dalam gulungan itu. Amin.
Latihan berpuasa ini sangat berguna, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di dalam gulungan yang tidak tahan lama dengan keadaan perut yang kosong. Jika dilaksanakan pasti mereka akan boleh tahan berlapar sebagaimana perpatah melayu ada mengatakan, “Alah bisa tegal biasa.” Semoga kita bertambah sihat wal afiat seterusnya senantiasa. Amin
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat,
“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri,
Semoga Kembali Fitrah.”
Bagi yang mengenali diri ini, ku susun sepuluh jari mohon keampunan dan kemaafan atas segala silap dan salah.
Terima kasih.
It is said to be Abode of The Gods, Dieng is in Central Java, Indonesia. A piece of land 2093 metres above the sea level, in a word, it is a plateau. Actually it is a caldera, home to a few volcanic craters and lakes. Being high up in the sky and practically you can see the clouds below, it is cold. Cold enough that for the months of July and August, there can be morning frost that makes the local farmers worried as it has detrimental effect on their crops.
Recently I spent 3 days and 2 nights in Dieng observing its culture and spent some times photographing its landscapes and activities. There are so many interesting sites in Dieng, besides craters and lakes there are also ancient temples and caves. I did not cover them all, I was just scratching the surface. You need more time if you want to record all of it in pixels.
There are a few factors to consider in landscape photography and two of them are timing and patience. This recent trip, I did not had the luxury of timing nor do I had the patience to stay a long while. So, I took it as it was presented when I arrived at the site, or, when I saw an opportunity. Opportunity such as back lighting on farmers as they till the land or harvesting the fruits of their labour. Hopefully next time, if ever, I’m at least better informed and more aware, know what to do and what to expect, so as to maximise the time spent and be much more at ease when I’m there again mingling with the gods.
The structure known locally as Gapura marks the entrance to Dieng
Entertainment has been mankind tradition for a long long time. Here a funfair in the midst of the crops
Arjuna Temple Complex
A relief on one of the monuments in Arjuna Temple Complex
Places for bed, food and rental of motorcycle in Dieng
A farmer tilling the land
Part view of Telaga Cebong
Farmer checking for residual potatoes after it had been harvested. I sat and observed that there were quite a few
Dengan menjelangnya 1 Syawal 1434 dan setelah berpuasa sepanjang Ramadhan, saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, Semoga Kembali Fitrah.” Diharapkan juga agar diteruskan amalan berlapar-lapar dengan makan apa yang perlu sahaja tidak selalu dalam keadaan kekenyang-kenyangan. Ada satu hadits yang lebih kurang bunyinya begini, “Kami dari gulungan yang tidak makan melainkan kami lapar. Dan apabila kami makan tidak sampai kenyang.” Muga-muga kita termasuk dalam gulungan itu. Amin.
Tidak, tidak, saya tidak bersemuka dengan Sandii. Akan tetapi ketika mendengarkan lagu Cinta Hampa di Youtube oleh penyanyi-penyanyi yang berlainan dengan gaya masing-masing saya telah mendapati Sandii yang mana uploadernya saya fikir bukan dari nusantara. Setelah menyelidiki, Sandii atau nama sebenarnya Sandra O’Neale adalah kacukan Jepun, Sepanyol dan Amerika dan sekarang ini menetap di Jepun. Dia telah menyayikan lagu-lagu berbahasa Melayu termasuk yang berirama dangdut dengan tutur yang sangat baik tiada pelat, syabas saya ucapkan kepadanya. Lagu Cinta Hampa yang dinyanyikan olehnya telah menggunakan lirik dari lagu asal nyanyian Hasnah Tahar yang mana tajuk lagunya ialah Di Suatu Masa.
Suara dan lengoknya ada mirip-mirip Iyeth Bustami. Selamat mendengar.