Selamat Hari Raya Haji/Korban/’Idil Adha 1438

Sempadan Mina dan Arafah

Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat,

“Selamat Hari Raya Haji.”

Hari Raya Haji adalah Hari Raya yang berada pada hari kedua dari lima atau empat hari (tergantung pada 2 atau 3 hari Tasyrik di Mina – nafal awal atau nafal akhir) pada perlaksanaan ibadah Haji.  Wajib-wajib ibadah Haji adalah semua perbuatan semata-semata selain dari melafazkan niat Haji. Bacaan-bacaan adalah sunnat.  Bermula dengan wukuf di Arafah, keesokkannya, pada Hari Raya Haji, berada di Mina dan melontar Jamrah Aqabah untuk mendapatkan Tahlul yang pertama yang mana pakaian ihram sudah boleh dilepaskan selepas bercukur rambut. Diikuti dengan 3 hari Tasyrik untuk melontar 3 jamrah iaitu Jamrah Aqabah, Ula dan Ghusta.  Bagi yang mengambil nafal awal, pada hari Tasyrik yang kedua setelah selasai melontar ketiga-tiga jamrah akan terus ke Makkah untuk mengerjakan Tawaf dan Saei serta bercukur rambut sekali lagi apabila selasai mengerjakan Saei untuk mendapat Tahlul yang kedua. Yang mengambil nafal akhir akan ke Makkah pada keesokkannya, iaitu hari Tasyrik yang ketiga untuk menunaikan Tawaf, Saei dan bercukur.  Maka selesailah syarat-syarat rukun Haji.  Semoga mereka-mereka yang menjalankan Ibadah Haji mendapat Haji Mabrur, Amin.

Ibadah Haji memakan masa 4 atau 5 hari sahaja. LabaekAllah humma labaek, Labaekalaa syarii kalakkalak baek, Innal hamda wanniqmata lakawalmulq, Laa syariikalak.  Inilah bacaan yang sunnat dibaca sepanjang menjalankan ibadah Haji.  Tiada diperbolehkan puasa sunnat pada Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan 3 hari Tasyrik. Haji adalah Arafah, tiada Arafah tiada Haji. Para jemaah mesti berada di Arafah walaupun sekejap bagi yang uzur.

Advertisements

Selamat Hari Raya ‘Idil Adha 1437

Keadaan semasa di Mina dekat Jamrah dan kelihatan di belakang Masjid Khif

Keadaan semasa di Mina dekat Jamrah dan kelihatan di belakang Masjid Khif

Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Adha.”

Dua ucapan yang lain yang biasa juga kita gunakan ialah “Selamat Hari Raya Haji” dan “Selamat Hari Raya Korban.”  Ini kerana ibadah Haji dan Korban yang dilaksanakan ketika ini.

Singkatan dari pelajaran yang boleh didapati dari sejarah perayaan ini ialah kalau kita dengan iklas melakukan ibadah/perintah Allah Ta’ala walaupun berat, pasti akan diberi jalan keluar serta mendapat RahmatNya, Tuhan yang Maha Esa yang senantiasa Maha Mengasihani dan sangat Maha Mengasihani.

Semoga ibadah-ibadah Haji dan Korban yang dilakukan diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala.  Amin, ya Rabbal ‘Alamin.