Hijrah 1434

Kediaman baru ku

Tiada aku sangka tahun baru Hijrah 1434 membuat aku melakukan penghijrahan juga dari teduhan yang lama ke teduhan yang baru. Semoga tempat yang baru ini akan lebih baik dari yang lama.  Amin.

Terima kasih dan selamat tinggal

Dari segi kebaikannya berbanding dengan yang lama, buat permulaan, ianya lebih luas lagi dan aku tidak lagi perlu membayar sewa pada tiap-tiap hujung bulan.  Diharapkan juga agar sangatlah berkurangan atau hampir tiada sama sekali serangga-serangga yang menumpang sama melainkan sepasang burung layang-layang yang bersarang di anjung rumah lama. Mereka dipersilakan jika sudi.

Banyak yang perlu dilakukan. Membersihkannya terlebih dahulu, memasang lampu-lampu, langsir, tukar singki, memasang pipa untuk berwudu dan membersihkan diri selepas melakukan hajat dan lain-lain lagi.  Tidak lupa juga mengalihkan barangan dari tempat yang lama ke tempat baru ini.  Aku mengambil kesempatan ini untuk membuang barangan yang aku simpan yang aku rasa tidak perlu.  Sebagai seorang DIY, banyak juga barangan yang disimpan.

Membuat bendungan di pintu bilek air agar air tidak melimpah atau percik ke luar

Rasanya kerja-kerja yang perlu dilakukan akan memakan masa sedikit walaupun semua barangan sudah dialihkan kerana tergerak dihati untuk medirikan tembok mengasingkan ruang dapur dengan ruang tamu.  Aku memohon petunjuk, bimbingan dan kesempurnaan dari Nya untuk melakukan itu.

Advertisements