Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1434

Dengan menjelangnya 1 Syawal 1434 dan setelah berpuasa sepanjang Ramadhan, saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, Semoga Kembali Fitrah.”  Diharapkan juga agar diteruskan amalan berlapar-lapar dengan makan apa yang perlu sahaja tidak selalu dalam keadaan kekenyang-kenyangan.  Ada satu hadits yang lebih kurang bunyinya begini, “Kami dari gulungan yang tidak makan melainkan kami lapar.  Dan apabila kami makan tidak sampai kenyang.”  Muga-muga kita termasuk dalam gulungan itu. Amin.

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri

Colok Raya

Setelah sebulan berpuasa kita menyambut tibanya 1 Syawal. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah s.w.t.. Dengan limpah kurnia RahmatNya yang tiada terkira mudah-mudahan kita kembali fitrah, dimasukkanNya kedalam gulungan mereka-mereka yang berjaya yang mendapat petunjuk dan bimbinganNya, berbahagia dan selamat di dunia dan di akhirat. Amin.