Selamat Hari Raya ‘Idil Adha 1437

Keadaan semasa di Mina dekat Jamrah dan kelihatan di belakang Masjid Khif

Keadaan semasa di Mina dekat Jamrah dan kelihatan di belakang Masjid Khif

Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Adha.”

Dua ucapan yang lain yang biasa juga kita gunakan ialah “Selamat Hari Raya Haji” dan “Selamat Hari Raya Korban.”  Ini kerana ibadah Haji dan Korban yang dilaksanakan ketika ini.

Singkatan dari pelajaran yang boleh didapati dari sejarah perayaan ini ialah kalau kita dengan iklas melakukan ibadah/perintah Allah Ta’ala walaupun berat, pasti akan diberi jalan keluar serta mendapat RahmatNya, Tuhan yang Maha Esa yang senantiasa Maha Mengasihani dan sangat Maha Mengasihani.

Semoga ibadah-ibadah Haji dan Korban yang dilakukan diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala.  Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Selamat Hari Raya ‘Idil Adha 1435

Jabbal Nur

Jabbal Nur, di puncaknya pada bahagian belakang, sebelah kiri, terletaknya Gua Hira

Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Adha.”  Kepada sekalian mereka-mereka yang sedang mergerjakan ibadah haji pada tahun ini, saya doakan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.  Bagi mereka-mereka yang menjalan ibadah korban, saya doakan agar korbannya di terima Allah Subhanahu Wata’ala.  Amin.

Gua Hira, tempat Nabi Muhammad s.a.w. pertama kali meneria wahyu

Gua Hira, tempat Nabi Muhammad s.a.w. pertama kali menerima wahyu iaitu Surah Al ‘Alaq

Wabillahi taufik wal hidayah, assalamu ‘alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakahtuh.

Selamat Menyambut Hari Raya Haji / Korban / ‘Idil Adha

Jabbal Rahmah di Arafah

Haji itu Arafah, tiada Arafah tiada lah Haji. Inilah perbezaan yang ketara sekali dari mengerjakan Haji berbanding dengan mengerjakan Umrah semata-mata, selain dari bermalam di Mina dan melontar tiga jamrah.  Mereka yang mengerjakan ibadah Haji perlu menghadirkan diri di padang Arafah untuk wuquf walaupun dengan berlalu sahaja.

Kawasan di Mina berdekatan dengan Jamrah

Lain-lain pekerjaan Haji adalah berkaitan dengan cerita Nabi Ibrahim a.s. dengan isterinya Siti Hajar r.a. serta anak mereka Nabi Ismail a.s.  Sudah tentu Siti Hajar waktu ditinggalkan bersama anaknya Ismail di suatu tempat yang sekarang ini bernama Makkah, tanah yang kering kontang waktu itu, akan berasa takut dan harap-harap ia tidak marah malah menghadapinya dengan tabah.  Pasti waktu itu ia akan tertanya-tanya kenapa begitu, akan tetapi kalaulah Siti Hajar melihat keadaan Makkah sekarang sudah pasti ia akan terperanjat.  Tak tahulah kalau ia akan menyukainya atau sebaliknya kerana keadaan Makkah sekarang sudah mejadi kota yang semarak dengan lampu-lampu di malam hari di tengah-tengah padang pasir penuh dengan bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit.  Buat masa kini ia juga mempunyai bangunan yang kedua tertinggi di dunia, Makkah Clock Royal Tower, setelah Burj Khalifa di Dubai.

Walau apapun ringkasan dari cerita Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar serta anak mereka Nabi Ismail, intipati dari cerita mereka ialah segala kepahitan yang dilalui akan berakhir dengan keni’matan RahmatNya yang membahagiakan.

Selamat Hari Raya ‘Idil Adha.

Masjidil Haram

Masjid Nabawi

Masjid Quba