Marhaban ya Ramadhan 1435

Sempena bulan Ramadhan 1435 hijrah saya ucapkan, “Selamat Berpuasa” kepada sekalian muslimin dan muslimat semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mendapatkan munafaat sepenuhnya dari penghulu segala bulan ini.  Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Disyurkan agar kita dapat memperbanyakkan ibadah pada bulan yang mulia ini.  Jika sekiranya kita tidak dapat membuat yang sedemikian maka ketahuilah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, “Iklaskan ugama mu nescaya yang sedikit itu memadai bagi kamu.”  Allah Ta’ala tidak memandang pada rupa, harta-benda yang kita miliki, yang dipandangNya ialah hati kita.  “Hasad dengki akan memakan amalan sebagaimana api memakan kayu yang kering,” lebih kurang yang saya ingat tapi inilah patinya pada sebuah hadith yang lain.

Semoga kembali fitrah.