Marhaban Ya Ramadhan 1441

SubhanAllah, tak terasa masa begitu cepat berlalu walaupun dengan PKP yang sedang dijalankan sekarang.  Semoga sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka, berada di dalam RahmatNya dan lindunganNya.  Amin.

Sememangnya keadaan tidak akan aman, malah akan menjadi lebih getir.  Terlalu banyak kemungkaran, ketidakadilan dan kerosakan berlaku. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya menjadi terlalu kaya.  Semua negara-negara di dunia mengecap matawang masing-masing. Yang tidak adilnya, ada yang laku, samaada nilainya tinggi atau rendah (contoh: China & Jepun), dan ada yang tidak laku sangat.  Yang tidak laku sudah tentu nilainya rendah.  Jadi negara-negara yang matawangnya laku, mereka boleh cap sebanyak mana yang mereka mahu dan belanjakan (dalam atau luar negara).  Ini tidak akan berlaku sekiranya wang mas atau perak digunakan.

Umumnya orang islam mengetahui akan datangnya seorang pemimpin yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran yang mana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman.  Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, di mana sahaja mereka berada,

“Selamat menunaikan ibadah puasa semoga puasanya diterima Allah s.w.t. yang maha mengasihi dan sangat mengasihi.”  Amin.