Marhaban Ya Ramadhan 1438

Kepada sekalian muslimin dan muslimat saya ucapkan,

“Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, semoga ibadah puasanya dan lain-lain ibadah yang dikerjakan sepanjang bulan yang mulia ini diterima Allah s.w.t.”.

Bersungguh-sungguhlah dan hayatilah menjalan ibadah ini kerana dengan keadaan dunia masakini yang semakin lama semakin meresahkan, diharapkan ianya dapat memperteguhkan diri dan jiwa buat menghadapi masa-masa yang mendatang.  Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga kembali Fitrah.

Advertisements

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1437

Ucapan

Genap sebulan sudah kita menjalankan ibadah puasa Ramadhan dan kini Syawal menjelang pula.  Setelah menghayati bulan Ramadhan selama 30 hari sudah tentu sedikit-sebanyak kita akan merasa terharu dengan pemergiannya, semoga ibadah puasa kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala.  Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat,

“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, Semoga Kembali Fitrah.”

Bagi yang mengenal diri ini, mohon maaf zahir dan bathin.

Adalah diharapkan setelah berlapar-laparan selama sebulan ianya dapat diteruskan dengan tidak makan terlalu banyak atau terlalu kenyang kerana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kami daripada gulungan yang tidak makan melainkan kami lapar, dan apabila kami makan tidak sampai kenyang.”

Kepada nabi yang merasa susah apabila kita susah dan menginginkan kita mendapat kebahagian, nabi yang menyimpan doa khusus kenabiannya untuk umatnya (semua para nabi-nabi diberi satu doa khusus yang Allah Ta’ala tidak akan menolaknya, semua para nabi-nabi telah menggunakannya hanya nabi Muhammad sahaja yang belum menggunakannya), nabi yang mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan para malaikat-malaikat berselawat ke atasnya dan orang-orang beriman diseru berselawat keatasnya yang mana setiap satu selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dibalas Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan sepuluh selawat ke atas yang berselawat, ucapan selawat dan salam keatasnya.

Ucapan kesejahteraan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu pasti, berapa banyakkah di antara kita yang memperbanyakkan atau melazimkannya? Dengan keadaan dunia masakini perbanyakkanlah berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w. agar kita mendapat kesejahteraan, kebahagian dan keselamatan bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga dengan RahmatNya, tuhan yang Maha Esa lagi Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.  Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Sallu Alaih.

 

Marhaban Ya Ramadhan 1437

Ramadhan

Dengan kedatangan bulan yang mulia dan penuh dengan keberkahan ini, saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat,

“Selamat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini semoga bertambah kesihatannya, bertambah imannya, cukup segala keperluannya serta mendapat kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.”

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,”Puasalah semoga kamu sihat.”

 

Marhaban Ya Ramadhan 1434

Setahun telah berlalu kini ia kembali lagi.  Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.  Dengan kesempatan ini saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat mengerjakan ibadah puasa Ramadhan semoga puasanya diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala.  Muga-muga kita senantiasa mendapat RahmatNya dan sihat sejahtera.  Sabda nabi Muhammad s.a.w., “Puasalah semoga kamu sihat.”  Amin.