Perahu Bugis dan Rumah Bugis

Terminal pengangkutan di Bulukumba

Terminal pengangkutan di Bulukumba

Orang-orang bugis memang sudah terkenal dengan keahlian mereka mengharungi samudera, jauh mereka menjelajah sehingga sampai ke Madagascar.  Tidak kurang juga terkenalnya perahu-perahu layar yang mereka gunakan, apa yang disebut-sebut sebagai perahu bugis.  Ada dua jenis perahu bugis yang mereka gunakan mengharungi laut luas, yang besar di sebut Pinisi dan yang lebih kecil darinya dikenali sebagai Lambo Palari.  Bentuk perahu bugis masa kini mungkin sudah berubah dari yang asal kerana Pinisi sekarang ada mirip-mirip seperti Schooner.  Walau apapun, apa yang pasti ialah cara pembikinan perahu-perahu ini.  Kemahiran pertukangan yang masih kekal hingga kini dan boleh dilihat di Tana Beru, suatu kawasan yang terletak di bahagian pantai selatan Sulawesi Selatan, Indonesia.  Saya telah pergi menziarahi ke Tanjung Bira berjalan-jalan di sana sambil mengambil kesempatan untuk melihat pembikinan perahu-perahu bugis di Tana Beru.  Disamping itu saya juga memenuhi hasrat saya untuk melihat dan mengambil gambar akan rumah-rumah panggung tradisional orang-orang bugis di sana.  Rumah orang-orang bugis dahulu tingkapnya labuh sampai ke lantai dan banyak jumlahnya.

Lambo Palari (mungkin juga Pinisi – lihat nota dibawah) saiznya lebih kecil dari Pinisi yang kelihatan di depannya (latar belakang gambar ini)

Perahu dalam proses pembinaan di Tana Beru

Kelihatan pasak-pasak pada papan-papan masih belum di potong dan diratakan

Gerbang di jalan masuk ke limbungan perahu-perahu di Tana Beru

Rumah tradisional bugis di desa Darubiah

Rumah tradisional bugis di desa Darubiah

Yang ini agak lama di desa yang sama.  Rumah orang bugis tingkapnya labuh sampai ke lantai dan banyak jumlahnya

Ini di Tanjung Bira di sebelah lorong menuju ke penginapan Sunshine

Rumah bugis di Serkat, Pontian, Johor, Malaysia. Berandah di kiri terlindung oleh anjung (tambahan yang baru, bukan dari asal). Rumah orang-orang bugis di Johor-Riau sebeginilah rupanya suatu ketika dahulu

Tiang-tiang yang dipasakkan dengan kayu yang melintang adalah ciri utama persamaannya

Sesampainya di Makassar langsung saya teruskan perjalanan dengan menaiki teksi ke terminal Malengkeri untuk pengangkutan yang berupa Toyota Kijang/Unser ke Bulukumba dan menginap satu malam di Bulukumba.  Pada esoknya selepas sarapan saya bergegas ke terminal pengangkutan di Bulukumba untuk mendapatkan Pete-Pete ke Tanjung Bira.  Sebelum sempat masuk ke dalam kawasan terminal saya telah ditanya kemana tujuan saya lalu disuruh tunggu.  Tidak lama kemudian datang sebuah Toyota Unser mengambil saya dan masuk ke dalam terminal semula.  Pemandunya menghentikan kenderaan kemudian keluar menunggu penumpang-penumpang yang lain memenuhkan kereta sebelum berangkat.  Lama saya menunggu, sempat saya tidur.  Tidak mahu kehilangan masa saya bayar tambahan Rp100,000 dan meminta Haji Undang memulakan perjalanan ke Tanjung Bira.  Boleh saja ia mengambil penumpang di jalanan sekiranya ada.

Rumah-rumah di tepian jalan di Tana Beru

Rumah-rumah di tepian jalan di Tana Beru

Rumah-rumah di tepian jalan menuju ke Tg Bira

Di Tanjung Bira saya bermalam di Sunshine Guest House, sebuah penginapan di atas bukit yang memberi pemandangan luas ke laut bila duduk berehat di berandahnya.  Sarapan pagi yang dihidangkan berupa roti sandwich dan telor beserta kopi ataupun teh.  Saya telah menyewa sebuah motosikal untuk pergi ke Tana Beru, berjalan-jalan di kampung-kampung dan di sekitaran Tanjung Bira.  Banyak yang saya baca di Internet mengenai pembuatan perahu-perahu bugis menyatakan di Tana Beru.  Betul memang banyak terdapat kelompok-kelompok tukang-tukang perahu yang berasingan di sana dan bukan saja Pinisi atau Palari yang dibina malah perahu-perahu nelayan juga.  Akan tetapi di Tanjung Bira terdapat dua kumpulan tukang-tukang perahu dan perahu-perahu yang dibina skalanya bukan skala biasa malah luarbiasa.  Buat masakini ada dua buah perahu bugis yang besar sedang dalam proses pembinaan tidak jauh dari pelabuhan Tanjung Bira.

Penginapan Sunshine Guest House di atas bukit

Penginapan Sunshine Guest House di atas bukit

Ada juga homestay di Tanjung Bira

Ada juga homestay di Tanjung Bira

Perahu Pinisi besaiz besar dalam pembinaan berhampiran dengan pelabuhan Tanjung Bira

Setelah siap badannya pembinaan seterusnya dilakukan terapung di pelabuhan

Pinisi-pinisi ini hampir siap

Pinisi-pinisi ini hampir siap

Hinggakan perahu kecil pun kelihatan menarik

Hinggakan perahu kecil pun kelihatan menarik

Pemandangan pelabuah Tanjung Bira

Pemandangan pelabuah Tanjung Bira

Perahu-perahu nelayan berlabuh di kawasan di sebelah kiri Pelabuhan Tanjung Bira

Selain dari aktivi-aktivi pantai di Tanjung Bira, ada juga disediakan pakej-pakej snorkeling dan meyelam oleh pihak-pihak yang tertentu, tanyakan saja.  Air lautnya jernih dan pantainya memiliki pasir yang memutih lagi halus dan tidak hairanlah kalau ianya dikenali oleh penduduk-penduduk tempatan dengan sebutan Pasir Putih.  Soal makanan saya rasa tidak menjadi masalah, sekurang-kurangnya ditepian jalan berhampiran pantai pun ada warung-warung menjual makanan ringan selain dari restoran-restoran di penginapan-penginapan yang besar.

Pantai Pasir Putih di Tanjung Bira

Pantai Pasir Putih di Tanjung Bira

Terdapat warung-warung makanan dan permainan-permainan laut

Lawatan saya ke Tanjung Bira singkat saja hanya tiga hari dua malam dan pada pagi hari ketiga tepat jam sepuluh pagi, saya teruskan perjalanan pulang ke Makassar.  Pengangkutan untuk pulang ke Makassar telah dipesan melalui Nini pemilik Sunshine Guest House.  Sangat menyenangkan.  Sekiranya ada yang ingin membuat round trip boleh juga teruskan perjalanan ke Pulau Selayar yang berada tidak jauh di selatan Tanjung Bira.  Dua perjalanan feri sehari di sediakan di pelabuhan, tengahari dan petang.  Perjalanan dari Pulau Selayar ke Makassar kemudian diteruskan dengan menaiki kapalterbang.

Penumpang-penumpang sedang keluar dari feri dan ada yang sedang masuk untuk menuju ke Pulau Selayar

Penumpang-penumpang sedang keluar dari feri dan ada yang sedang masuk untuk menuju ke Pulau Selayar

Nota:

Saya belum begitu faham tentang Lambo Palari. Yang saya tahu ianya lebih kecil dari Pinisi (Phinisi atau Pinisiq).  Perkara yang saya tidak faham ialah ada kenyataan menyatakan tiang layarnya hanya satu dan ini kelihatan bercanggah dengan kenyataan lain yang saya baca.  Palari = Pelari?  Bahagian depannya yang memotong air tipis tidak melebar (ini sudah pasti), dari itu maka untuk lari laju adalah dua tiang layar lebih baik dari satu.  Mungkin juga yang mempunyai satu tiang layar jenis yang bermotor seperti yang terdapat pada kebanyakan Pinisi-pinisi sekarang.

Catatan:

1. Di Bulukumba untuk pengangkutan dari Bulukumba ke Tanjung Bira boleh hubungi  Haji Undang di nombor Talipon  0813 5577 9258.

2. Untuk penginapan di Sunshine Guest House di Tanjung Bira hubungi Nini di nombor Talipon  0821 9093 1175.  Boleh juga tanyakan padanya untuk mendapatkan khidmat pangangkutan ke Tanjung Bira dan pulang dari Tanjung Bira.

Dari Kulaijaya ke Daik

Gunung Daik – Salah satu puncaknya patah dipanah petir

Saya tahu mengenai perkataan Daik sejak saya masih kecil lagi apabila ia di ungkapkan dari bibir ibu saudara saya dan kemudian dengan pantun lama yang sesekali saya dengar atau terbaca. Pantun yang tidak asing lagi iaitu;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Rumah yang seperti rumah nenek saya. Ciri-cirinya sama cuma bentuknya lain. Berandah di kiri terlindung

Kira-kira sebulan yang lalu saya telah terbaca cerita mengenai Daik, maka timbullah keinginan saya untuk ke sana. Daik letaknya di Pulau Lingga, berdekatan dengan Pulau Singkep dan Pulau Selayar. Ia termasuk dalam kawasan pemerintahan daerah Kepulauan Riau. Tidak banyak keterangan yang saya dapat dari internet mengenai Daik dan sekitarannya tetapi cukup memadai sebagai panduan bagi saya ke sana. Selain dari itu, saya juga ingin mengambil gambar akan rumah-rumah yang seperti rumah nenek saya dahulu di Kampung Hidayah, Lorong 21, Geylang, Singapura. Ciri-cirinya ialah 1) Rumah panggung yang tiangnya kayu, 2) Tiang-tiangnya dikuatkan dengan dipasakkan kayu melintang di bahagian atas dekat dengan lantai rumah, 3) Ia mempunyai berandah, 4) Tingkapnya labuh sampai ke lantai. Setakat ini saya hanya menemui satu atau dua rumah di daerah Pontian, Johor. Mungkin banyak yang telah usang lalu dirubuhkan dan diganti baru yang tidak sama ciri-cirinya.

Ciri-ciri yang sama dengan rumah nenek saya

Feri ke Daik boleh didapati di pekan Tanjung Pinang di Pulau Bintan, Kepulauan Riau. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang empat atau lima jam. Saya telah memilih untuk ke Batam dan menaiki pesawat ke Dabo di Pulau Singkep dengan perjalanan yang memakan waktu hanya satu jam sahaja. Sayangnya pekhidmatan itu telah tiada lagi. Jadi terpaksa saya pergi ke Tanjung Pinang untuk mendapatkan feri ke Daik. Akan tetapi, alhamdulillah, telah pun ada perkhidmatan feri dari Sekupang, Batam ke Tanjung Buton, Pulau Lingga yang mana ia singgah di Jago (jagoh) di Pulau Singkep.

Dari Sekupang selepas tengahari saya berangkat ke Jago dan tiba di sana pada waktu petang. Setibanya di Jago saya teruskan perjalanan saya ke Dabo dengan menaiki salah satu kenderaan yang banyak tersedia menunggu dan menginap satu malam di sana. Saya tidak sempat untuk merayau-rayau di Dabo kerana saya hanya bermalam saja. Pada keesokannya, selepas mengambil gambar di pekan Dabo, pada pukol 9.30 pagi saya bertolak lagi ke Jago dengan menaiki ojek. Tujuan saya pada hari ini ialah Pulau Selayar yang berdekatan dengan Pulau Singkep tetapi jauh sedikit dari Pulau Lingga dengan menaiki pompong (perahu penambang). Kurang dari sepuluh minit saya telah pun tiba di jeti Desa Penuba, Pulau Selayar.

Anak-anak di Pulau Selayar, yang di atas memegang gasing buatan sendiri.

Mess di Penuba, Pulau Selayar

Hanya terdapat satu sahaja tempat penginapan di Penuba yang di panggil Mess. Saya di beritahu kemudian bahawa ada satu lagi Mess yang baru akan tetapi tidak pula saya pergi meninjau Mess yang baru itu. Dua malam saya di Pulau Selayar. Masa yang saya habiskan dengan mengelilingi pulau itu berjalan kaki dan apabila sudah keletihan, naik ojek balik ke Mess. Rumah seperti rumah nenek saya tiada di sini. Pada sebelah pagi, hari ketiga saya di Penuba, saya meneruskan perjalanan ke Tanjung Buton di Pulau Lingga dengan menaiki perahu laju dari Jago. Perjalanan dari Jago ke Tanjung Buton memakan masa setegah jam. Dari jeti Tanjung Buton saya menaiki ojek ke pekan Daik dan mendapatkan tempat penginapan. Waktu tengahari hingga ke petang saya habiskan meninjau kawasan berdekatan dengan berjalan kaki. Puncak Gunung Daik, semenjak saya melihatnya dari Penuba senantiasa ditutupi awan.

Salah satu rumah di desa Tanjung Dua, Pulau Selayar

Jadi tiada peluang untuk memetik gambar puncaknya. Rumah yang saya ingin ketemu juga tiada. Rupa-rupanya rumah seperti itu sudah tiada lagi di Singkep, Selayar dan Lingga. Banyak juga pendatang dari daerah lain di Indonesia. Kebanyakkan tingkap rumah-rumah telah berubah. Bukan lagi seperti tingkap rumah-rumah melayu tetapi seperti tingkap-tingkap yang terdapat di kapal-kapal orang-orang barat dahulu, ianya dibuka dengan menolak ke atas sedikit sahaja lalu di tongkatkan.

Pada keesokannya saya menaiki ojek untuk menziarah bekas tapak Istana Damnah, mandi di sungai berdekatan, melawat muzium yang ada di sana, pergi ke Pantai Pasir Panjang dan Air Terjun Resun. Perjalanan kami tersekat-sekat kerana harus berhenti disebabkan hujan. Gunung Daik masih malu lagi, puncaknya masih ditutupi awan. Hanya pada pagi hari keberangkatan

Rumah-rumah tepi sungai di Daik dengan Gunung Daik kelihatan

saya pulang barulah saya berkesempatan untuk mengambil gambar puncaknya yang tidak dilindung awan buat seketika.

Pada pukul tujuh pagi (waktu tempatan) saya telah berada di jeti Tanjung Buton untuk menaiki feri ke Sekupang dan seterusnya pulang ke rumah dan selamat sampai di rumah pada pukul sembilan malam.

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang akan tetapi adanya dahulu adanya sekarang.

Catatan:

Feri ke Tanjung Pinang di Pulau Bintan dan Batam

Dari Johor, Malaysia
Stulang Laut Ferry Terminal (atau Johor Baru International Ferry Terminal)
Pasir Gudang Ferry Terminal

Dari Singapura

Pantai Pasir Panjang, Pulau Lingga

Harbour Front Ferry Terminal
Tanah Merah Ferry Terminal

Duit Belanja : Pastikan bawa wang secukupnya kerana tiada ATM di Pulau Lingga dan Pulau Selayar. Hanya satu sahaja ATM yang terdapat di Dabo, Pulau Singkep, itupun tidak diketahui samaada boleh mengunnakan kad dari bank asing (ini saya tidak periksa). Ojek atau kenderaan dari Jago ke Dabo sekitar 30 atau 35 ribu satu perjalanan. Ojek dari Tanjung Buton ke Daik sekitar 12 ribu. Feri dari Sekupang ke Jago 180 ribu dan feri dari Tanjung Buton ke Sekupang 195 ribu.

Penginapan : Penginapan murah sekitar 60 ribu dengan bilek airnya di luar. Yang lebih baik lagi ada di Daik dan Dabo. Mess

Air Terjun Resun bahagian bawah, Pulau Lingga

yang di Penuba mempunyai bilek air di dalam dan harganya cuma 50 ribu. Di Pulau Lingga dikenakan pajak (cukai) sebanyak 10% ke atas bilek dan juga makan. Saya rasa penduduk kampung sedia menumpangkan untuk bermalam dengan bayaran yang munasabah. Ini boleh dijadikan sebagai  pendapatan sampingan kepada penduduk-penduduk di sana. Cuma pastikan kebersihannya. Ada yang permandiannya cuma dikepung kelilingnya saja dan itu pun dindingnya tidak tinggi. Konsep Homestay sudah ada hanya tetapi belum ada yang rasmi.

Makan : Makan di warung termasuk kopi atau teh sekitar 18 hingga 23 ribu. Ini tergantung kepada apa yang dimakan dan banyak atau sedikit lauknya. Saya hanya makan satu atau dua lauk sahaja. Kalau makan lontong atau gado-gado minta jangan dibubuh mee melainkan anda suka lontong atau gado-gado dengan mee.