Marhaban Ya Ramadhan 1440

Sekejapnya masa berlalu dan dah pun tiba bulan Ramadhan bagi tahun 1440 Hijrah. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, banyak kelebihan terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini.  Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat islam,

“Selamat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini, semoga puasa kita dan amal-amal lain yang disertakan diterima Allah s.w.t..  Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.”

Nabi s.a.w. telah bersabda, “Puasalah semoga kamu sihat.” Selain dari amal-amal yang digandakan pahalanya, lebih-lebih lagi pada malam Lailatul Qadar, insyaAllah dengan izin tuhan yang maha Esa muga-muga kita kembali sihat wal afiat. Amin.  Berbahagialah kepada mereka-mereka yang menunggukan kedatangan bulan Ramadhan.

Advertisements