Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1440

Cepatnya masa berlalu dan bulan Ramadhan akan meninggalkan kita diikuti dengan kedatangan bulan Syawal.  Semoga kita mendapat barkah darinya, segala amalan-amalan yang kita lalukan diterima Allah s.w.t. dan diri kita kembali fitrah.  Harapan agar yang Maha Berkuasa atas segala-galanya mengurniakan kesejahteraan, kebahagian serta keselamatan bagi kita semua untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada dan yang mendatang.

Sempena dengan kedatangan hari pertama bulan Syawal, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat;

“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga kembali fitrah.”

Kepada yang mengenal diri ini, “Maaf Zahir dan Bathin.”

 

Yang tersurat telah pun tersirat

Hilanglah kabus di hujung jalan

Namun pencerahan yang kelihatan

Membuat jantung berdegupan

Pilu hati meniti ketentuan

Sopan santun jarang kelihatan

Menanti keindahan penuh harapan

Pada hari-hari ketenteraman

 

 

Advertisements

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1439

Bulan Ramadhan antara yang terbilang

Banyakkan amalan janganlah terhalang

Suatu ajakan yang sangat menjulang

Tiap kali tibanya Ramadhan yang gemilang

 

Kini Syawal sudah pun menjelang

Tamatlah sudah puasa yang diulang

Semoga ibadah yang sedikit ataupun yang tiada terbilang

Diterima Allah dan tiadalah ia hilang

 

Ku dengarkan dendangan penuh sedulang

Sampai fajar hampir menjelang

Yang membuat hatiku sayu di ulang-ulang

Tetapi yang ini membuat ku berlinang

 

Saya ucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat, dimana jua mereka berada, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga setiap amalnya diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala, terhapus segala dosa-dosanya dan kembali Fitrah. Kepada yang mengenal diri ini, “Mohon ma’af atas segala kesalahan Zahir dan Bathin.”

Happy Eid Mubarak 1438

Happy Eid Mubarak greetings to all muslims on this auspicious day of Eid al-Fitri.  As we say in Southeast Asia, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri” or “Selamat Hari Lebaran.”  May all our deeds this passed Ramadhan are well received by the Al-Mighty and all our sins erased so that we may return back to our ‘Fitrah’ state. I would like to add in my lingo, “Maaf Lahir dan Bathin (forgive my overt and covert wrongdoing if any) to all that know this yours truly.”

The Malays have tons of Hari Raya songs (Eid songs), just check it out on Youtube. I have three of them linked here. The level of the Malay language used in some of these Eid songs is high that sometimes I can only barely managed to grasp the meaning.

 

SALAM DUNIA – Peace to the world

Chorus;

Salam dunia, Salam semua  –  Peace to the world, Peace to all

Salam Hari Raya, Bersinar akhirnya  –  Peace to this Hari Raya (Eid), Shining at last

 

ANUGERAH AIDILFITRI – Awards of Eid Al-Fitri

Mankind is a forgetful lot, denying and/or forgetting the favours blessed upon them by their Lord.

Heart wrenching chorus;

Mari puji-memuji kepada tuhan  –  Come let’s praise The Lord

Titis kasihNya melimpah seluruh alam  –  Bead of His Love overflows all over the realm/universe

Mari puji-memuji tuhan yang esa  –  Come praise The One and Only (unique) Lord

Insafi nikmat diberi di Hari Raya  –  Be repented for favours granted this Hari Raya

 

NAZAM LEBARAN – Poem of Eid

Chorus;

Berdendang mari berdendang, Berdendang di seluruh alam  –  Hum, come lets hum, Hum all over the realm (Universe)

Bergema suara bergema, Nazam lebaran  –  Resonate the voice resonate, Poem of Eid

Bertingkah rentak bertingkah – Bertingkah paluan rebana  –  Behave, the beat behave – Behave, the beating of rebana*

Berkisah alunan berkisah, Nazam lebaran  –  Telling, melody telling story, Poem of Eid

* Tambourine like but bigger and with cowhide – see vid.

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1436

SHR
Dengan berakhirnya bulan Ramadhan yang penuh dengan barkah ini, dan menjelangnya Syawal, muga-muga puasa yang telah kita tunaikan diterima oleh Allah s.w.t., dan dengan RahmatNya yang Maha Melimpah-ruah, diberiNya senantiasa kepada kita sekalian, kesejahteraan, kebahagiaan, keselamatan di dunia dan di akhirat. Amin.

Sangatlah baik jika kita teruskan dengan berada dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Telah didapati dalam satu kajian di Russia, ia itu orang yang boleh tahan lapar boleh bertahan dengan kehidupan pada waktu kesusahan kerana ia perlukan hanya sedikit makanan sahaja. Tetapi sebaliknya jika sekiranya ia makan berlebihan, dia akan cepat menjadi gemuk kerana makanan yang tidak diperlukan oleh badan akan disimpan menjadi lemak. Kesimpulan ini hasil dari siasatan para saintis Russia yang membuat penyelidikan terhadap mereka-mereka yang selamat setelah kota mereka dikepung oleh tentera Jerman lebih dari setahun semasa perang dunia kedua. Mereka hidup dengan apa yang ada pada ketika itu. Di dalam satu hadith, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Kami daripada gulungan yang tidak makan melainkan kami lapar, dan apabila kami makan, tidak sampai kenyang.” Muga-muga kita termasuk dalam gulungan itu. Amin.

Latihan berpuasa ini sangat berguna, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di dalam gulungan yang tidak tahan lama dengan keadaan perut yang kosong. Jika dilaksanakan pasti mereka akan boleh tahan berlapar sebagaimana perpatah melayu ada mengatakan, “Alah bisa tegal biasa.” Semoga kita bertambah sihat wal afiat seterusnya senantiasa. Amin

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat,

“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri,
Semoga Kembali Fitrah.”

Bagi yang mengenali diri ini, ku susun sepuluh jari mohon keampunan dan kemaafan atas segala silap dan salah.
Terima kasih.

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri

Colok Raya

Setelah sebulan berpuasa kita menyambut tibanya 1 Syawal. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah s.w.t.. Dengan limpah kurnia RahmatNya yang tiada terkira mudah-mudahan kita kembali fitrah, dimasukkanNya kedalam gulungan mereka-mereka yang berjaya yang mendapat petunjuk dan bimbinganNya, berbahagia dan selamat di dunia dan di akhirat. Amin.