Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1442

Badai semakin menggila

Kemuncaknya entah bila

Yang pasti adalah kisahnya

Kesusahan diikuti dengan keamanan

Itu usah dihirau

Takut diri menjadi kacau

Banyakkan amal dari yang lampau

Tabahkan hati harungi karau

Ramadhan datang Ramadhan pergi

Tinggal hanya sehari lagi

Amal yang tak seberapa yang dijalani

Kepada RahmatNya ku pertaruhkan diri

Doa dan restu ku pohon kepada Mu Ya Ilahi

Bersihkanlah hati dan diri ini

Dekatkanlah ia kepada Mu Ya Rabbi

Jangan lagi menyimpang ke kanan dan ke kiri

Sempena datangnya ‘Idil Fitri

Takbir Raya kedengaran lagi

Ku pohon ampun atas segala kesalahan diri

Amankanlah ia kekal abadi

Semoga kembali fitrah

Sallu alaih. Muga diperkenan Ilahi, Rabbul ‘Alamin

Ku ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga kembali fitrah.”

Kepada yang mengenal diri in mohon maaf lahir dan bathin.

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan pada Allah jua letaknya. Bismillah.

Marhaban Ya Ramadhan 1442

 

Laluan semakin sempit

Bunga-bunga khayalan semakin berkembang

Terasa seakan dihimpit

Kekeliruan, pemerdayaan tidak lagi di ambang

 

Cuaca sudah tidak lagi menentu

Sedangkan masa singkat berlalu

Buah bicara banyak yang cemburu

Putih atau hitam sangatlah keliru

 

Dengan rahmatNya yang Maha Suci

Ramadhan datang sekali lagi

Ku ambil kesempatan ini

Buat mengembangkan hati

 

Berbahagialah yang merindukannya

Banyak kelebihan ada padanya

Bersihkanlah hati dan diri

Buat menyambut ‘Idil Fitri

 

Tiada daya tiada upaya

Ku taruhkan harapan penuh kepadaNya

Sebaik-baik Pelindung, Penjaga dan Penolong

Jadikanlah kami gulungan yang beruntung

 

Sallu alaih

Semoga diperkenan Ilahi

 

Kepada sekalian muslimin & muslimat ku ucapkan,

“Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan. Semoga puasanya diterima Allah s.w.t.,

tuhan yang Senantiasa Mengasihani dan Sangat Mengasihani.”

Amin.

 

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1441 Hijrah

.

Setiap yang baru akan menjadi lama ianya pasti

Setiap yang bernyawa sudah ditentukan akan mati

Ku sandarkan harapan kepada yang Hidup dan Kekal Abadi

Peliharakanlah diri dan hati ini

.

Ku selusuri arus yang kian meninggi

Entah bila ia akan berhenti

Ku berusaha terus untuk tetap berdiri

Mengharapkan keizinan Dia yang Maha Tinggi

.

Ramadhan tiba Ramadhan pergi

Ramadhan kali ini lain sekali

Walau apapun yang akan terjadi

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri

.

Mohon maaf zahir & batin kepada yang mengenal diri ini.

.

Rumah Melayu Semenanjung Malaysia

Rumah melayu tradisional umumnya ialah rumah panggung yang bertiang kayu dan mempunyai tingkap daun yang labuh sampai ke lantai serta banyak jumlahnya.  Ada juga yang mencampurkan tingkap labuh dan yang singkat. Buat masa sekarang, kebanyakannya sudah lama dan sekali-sekali sahaja baru ada yang baru kerana kini harga kayu sangat mahal.  Pula, yang lama tidak banyak dalam berkeadaan baik. Saya mengambil kesempatan yang masih ada untuk merakam sisa-sisa yang masih ada agar ia boleh dijadikan rujukan di masa-masa mendatang.  Sekurang-kurangnya boleh di bina rumah panggung batu dengan design rumah tradisional.

Tidak semua pelusuk yang saya lalui, hanya jalan-jalan utama dan yang berdekatan dengannya sahaja.  Jadi ini hanya sebahagian sahaja dari rumah-rumah tradisional melayu yang ada di semenanjung. Terdapat juga rumah-rumah panggung yang cantik tetapi tidak bertiangkan kayu dan ada yang bertingkap kaca yang dilipat.  Rumah-rumah ini ada sebahgiannya saya ambil gambarnya, tetapi saya tidak muatkannya disini.

 

 

Ini gambar Masjid Kampung Laut di Kelantan

Penerangan

 

Masjid Kampung Laut Kelantan

Marhaban Ya Ramadhan 1441

SubhanAllah, tak terasa masa begitu cepat berlalu walaupun dengan PKP yang sedang dijalankan sekarang.  Semoga sekalian muslimin dan muslimat di mana saja mereka, berada di dalam RahmatNya dan lindunganNya.  Amin.

Sememangnya keadaan tidak akan aman, malah akan menjadi lebih getir.  Terlalu banyak kemungkaran, ketidakadilan dan kerosakan berlaku. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya menjadi terlalu kaya.  Semua negara-negara di dunia mengecap matawang masing-masing. Yang tidak adilnya, ada yang laku, samaada nilainya tinggi atau rendah (contoh: China & Jepun), dan ada yang tidak laku sangat.  Yang tidak laku sudah tentu nilainya rendah.  Jadi negara-negara yang matawangnya laku, mereka boleh cap sebanyak mana yang mereka mahu dan belanjakan (dalam atau luar negara).  Ini tidak akan berlaku sekiranya wang mas atau perak digunakan.

Umumnya orang islam mengetahui akan datangnya seorang pemimpin yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran yang mana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman.  Saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, di mana sahaja mereka berada,

“Selamat menunaikan ibadah puasa semoga puasanya diterima Allah s.w.t. yang senantiasa mengasihi dan sangat mengasihi.”  Amin.

Selamat Hari Raya ‘Idil Adha / Haji / Korban 1440 Hijrah

Jabbal Rahmah di Arafah

Dengan nama Allah yang senantiasa mengasihani dan sangat mengasihani.  Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Di hari yang mulia ini saya ucapkan kepada sekalian muslimin dan muslimat, “Selamat Hari Raya ‘Idil Adha.” Juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bersempena dengan ibadah haji dan ibadah korban yang dijalankan pada hari yang mulia ini.

Hari raya ini jatuh pada 10hb Zulhijjah.  Pada 9hb Zulhijjah iaitu pada hari wukuf di padang Arafah, ummat islam disunnatkan berpuasa. Ganjarannya ialah, dihapuskan dosa-dosa setahun yang sudah dan setahun yang mendatang.  Ini adalah antara rahmat-rahmat dari tuhan yang Maha Pengampun yang mana kalau diteliti lebih mendalam yang tinggal hanyalah dosa-dosa dengan makhluk-makhluknya. Kepada yang mengenali diri ini mohon ma’af zahir dan bathin.

Bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah haji pada saat ini, semoga mereka semuanya mendapat haji yang mabrur.  Yang menjalankan ibadah korban pula, semoga korbannya diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala. Amin.

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri 1440

Cepatnya masa berlalu dan bulan Ramadhan akan meninggalkan kita diikuti dengan kedatangan bulan Syawal.  Semoga kita mendapat barkah darinya, segala amalan-amalan yang kita lalukan diterima Allah s.w.t. dan diri kita kembali fitrah.  Harapan agar yang Maha Berkuasa atas segala-galanya mengurniakan kesejahteraan, kebahagian serta keselamatan bagi kita semua untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada dan yang mendatang.

Sempena dengan kedatangan hari pertama bulan Syawal, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat;

“Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, semoga kembali fitrah.”

Kepada yang mengenal diri ini, “Maaf Zahir dan Bathin.”

 

Yang tersurat telah pun tersirat

Hilanglah kabus di hujung jalan

Namun pencerahan yang kelihatan

Membuat jantung berdegupan

Pilu hati meniti ketentuan

Sopan santun jarang kelihatan

Menanti keindahan penuh harapan

Pada hari-hari ketenteraman

 

 

Marhaban Ya Ramadhan 1440

Sekejapnya masa berlalu dan dah pun tiba bulan Ramadhan bagi tahun 1440 Hijrah. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, banyak kelebihan terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini.  Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat islam,

“Selamat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini, semoga puasa kita dan amal-amal lain yang disertakan diterima Allah s.w.t..  Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.”

Nabi s.a.w. telah bersabda, “Puasalah semoga kamu sihat.” Selain dari amal-amal yang digandakan pahalanya, lebih-lebih lagi pada malam Lailatul Qadar, insyaAllah dengan izin tuhan yang maha Esa muga-muga kita kembali sihat wal afiat. Amin.  Berbahagialah kepada mereka-mereka yang menunggukan kedatangan bulan Ramadhan.

Le Tour de Iskandar 2019

Here are some pictures of this new race. I found out that this final leg of three stages would be passing by my town. Immediately, I went back home to get the cameras and the batteries still had some charges in it, nice.

Marhaban Ya Habibi Ya Rasulallah

Today, 12 Rabiul Awwal Hijriah according to popular opinion is the birthday of prophet Muhammad pbuh. The other is 8 Rabiul Awwal.  No matter what the date is, the important thing is that we love our prophet so much for the sacrifices he did for us and we know he too loves us very much. As mentioned in the Qur’an on the last two verses of Surah At Taubah (The Repentance);

 

There has certainly come to you a Messenger from among yourselves.

Grievous to him is what you suffer;

[he is] concerned over you and to the believers is kind and merciful.

 

But if they turn away, [O Muhammad], say, “Sufficient for me is Allah ;

there is no deity except Him. On Him I have relied,

and He is the Lord of the Great Throne.”

 

Sallu Alaih.